Harta kekayaan milik anak dara Datuk Seri Vida iaitu Cik B terus menjadi perbincangan ramai apabila dia dikatakan berhabis puluhan ribu ringgit bagi menaja percutian mereka sekeluarga.
Menerusi satu video dikongsikan usahawan kosmetik Qu Puteh itu di TikTok, Datuk Seri Vida mengucapkan terima kasih kepada anak perempuannya kerana menaja penerbangan kelas pertama untuknya dan Kacak, adik lelaki Cik B.
“Thank You Cik B belanja mama dan Kacak percutian kelas pertama,” kata DSV menerusi kapsyen pada video.
Susulan perkongsian DSV itu, ramai yang memuji Cik B yang tahu bagaimana dia harus habiskan duitnya.
Ada juga yang memuji DSV kerana walaupun kaya, tapi usahawan itu tahu bagaimana mahu menghargai usaha keras anak-anaknya.
“Bagusnya Cik B. Gembirakan hati mama dan adik tersayang. Lagi melimpah ruah lah rezeki Cik B…aamiin,” komen netizen.
Pada masa sama, ada yang menjangkakan tiket penerbangan kelas pertama boleh mencecah RM40,000 untuk seorang.
Sebelum ini Cik B turut menjadi perhatian apabila muncul di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur dengan pengawal peribadi yang jumlahnya mengalahkan pengawal Perdana Menteri.
Baca juga: Pengemis kantoi pandu kereta Proton X70 Premium, berjaya raih RM500 dalam masa 5 jam