Belum gaji tapi anak dah merugut nak makan burger? Boleh cuba resipi patty ayam homemade ni, berbaloi!

Oleh MAISARAH AISYA

Bila dah masuk hujung bulan tapi gaji pula tak masuk lagi, mesti akan cuba sehabis baik untuk guna bahan yang ada di rumah.

Zaman sekarang ini kalau nak beli patty burger tidak kira ayam atau daging, harganya dah mencecah RM7 ke RM8 untu enam keping patty.

Kalau anak ramai mesti rasa tak berbaloi, tambahan gaji pun tak masuk lagi, lebih baik cuba resipi yang dikongsikan Geliga Rasa menerusi Facebook ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.

Resipi patty ayam homemade

May be an image of text that says "geliga geligarasa rasa"

Bahan-bahan:

  • 400g isi dada ayam
  • 2 biji kentang
  • 1 btg lobak merah
  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 2 sk serbuk lada putih
  • 1 sk chilli flakes
  • 1 sk mixed herbs
  • 6 sb tepung ubi kayu
  • 2 sb mentega

Cara-cara:

  1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam ‘food processor’ sehingga halus.
  2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati.
  3. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar.
  4. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.
  5. Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yg sudah siap selama 3 minit sebelum di simpan dalam peti sejuk beku.
  6. Patty boleh di grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Baca juga: Baru tahu cara buat Cakoi rangup dan kembang cantik, rupanya kena peram dulu!