Sambal tempe versi basah? Ni kalau tak berselera pun laju makan!

Oleh MAISARAH AISYA

Tempe ni kalau digoreng dengan serbuk kunyit dan garam sahaja pun dah sedap, bertambah nasi.

Tapi kalau gabung pula dengan sambal basah-basah sedikit, tak perlu tambah lauk lain pun boleh habis berpinggan nasi.

Cuba resipi sambal tempe versi basah oleh Mariana Zainal yang dikongsikan menerusi Facebook.

Sambal tempe

Bahan-bahan:

  • 4 peket tempe(hiris ikut suka dan goreng)
  • 5 biji kentang(potong ikut suka dan goreng)
  • 2 genggam ikan bilis (goreng garing)
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 cawan air(sebaiknya air panas)

Bahan kisar:

  • 25 pcs cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak
  • (kisar halus semua bahan ini)

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar dalam kuali.
  2. Masukkan gula, garam, bahan perasa dan asam keping dan masak hingga betul-betul naik minyak dan sambal garing.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih kuat dan sambal pekat.
  4. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi..
  5. Kacau rata dan tutup api. Siap!

Selamat mencuba!

Baca juga: “Nak makan sedap tapi tak nak bayar” – Peniaga berang pelanggan selalu ‘blah’ lepas dapat makanan