“Suami kalau tak disuruh memang tak jalan, dia tahu anak berak tapi dia tetap tunggu arahan aku…”

Oleh MAISARAH AISYA

Kebanyakan lelaki akan melaksanakan kerja apabila disuruh walaupun kadang-kadang tahu situasi tersebut memerlukan bantuan mereka.

Namun tanpa arahan daripada isteri maka mereka tidak melakukannya, ini sedikit sebanyak menaikkan kemarahan pasangan.

Seorang wanita, Seroja (bukan nama sebenar) mengakui suaminya bukan pemalas namun segala kerja akan dilakukan selepas mendapat arahan.

“Assalamualaikum. Nama aku Seroja. Berumur awal 30-an dan mempunyai dua orang anak. Yang sulung baru dua tahun dan kedua tiga bulan.

“Aku sekadar nak meluah je atau mungkin ada yang nak bagi pandangan. Cerita dia macam tajuk kat atas tu ‘suami perlu sentiasa disuruh’. Suami aku baik je. Alhamdulillah.

“Tapi, satu je masalah dia. Aku tak tahu la kalau lelaki semua macam ni atau suami aku je. Dia sentiasa perlu disuruh.

“Contoh pertama, anak aku yang dua tahun tu berak. Suami aku tahu anak kami tu berak. Tapi dia takda inisiatif pon untuk tolong terus tukar pampers anak tu.

“Dia akan tunggu aku juga suruh. Bukan la aku tak boleh nak tukar pampers, tapi kadang tu aku tengah susukan anak kedua. Suami aku tengah duduk sahaja.

“Bila aku dah suruh tu, dia okay je tukarkan pampers lepas tu. Tapi kalau aku tak suruh, memang buat tak tahu jela dia.

“Situasi kedua pula, aku ni dah mula kerja lepas bersalin.

“Jadi, faham-fahamlah bila hantar anak ke pengasuh berapa banyak botol susu anak yang aku kena basuh setiap malam termasuklah segala jenis pam susu.

“Biasanya aku akan rendam dulu dengan sabun semua botol susu dan pam susu tu. Bila dah siap masak makan malam dan urus anak baru aku akan basuh.

“Suami aku dia nampak je botol susu yang aku dah rendam tu tapi dia akan buat dek (bodoh) je. Tak ada dia rasa nak tolong je basuh terus botol-botol tu? Botol anak dia juga.

“Kadang aku minta tolong dia untuk basuh semua tu. Aku kena cakap dulu baru lepas tu dia akan tolong.

“Sama la juga dengan kes buang sampah. Kadang dia nampak tong sampah dalam rumah dah penuh. Tapi dia buat macam tak nampak..

“Kena aku jugak yang minta tolong bagitahu dia suruh buang sampah kat luar.Kadang bukan apa, muak jugak la aku kalau semua benda nak kena suruh

“Nak kena bagitahu. Benda-benda tu pon yang selalu je kena buat kan. Ke semua lelaki memang kena suruh dulu baru jalan”.

Baca juga: “Sangkakan kawan rupanya pengkhianat, terkejut baca mesej dia dengan isteri aku”