Blender atau pengisar ini adalah satu alat wajib ada di setiap kediaman kerana menyenangkan proses untuk memasak.
Nak kisar bawang, cili kering semua guna alat yang sama, memang sah-sah segala bau bercampur.
Tambah bila kenduri bukan sedikit bawang untuk dikisar, tambah dengan segala halia dan cili, memang semerbak.
Kalau setakat basuh dengan air dan pencuci pinggan, memang bersih tapi bau akan kekal tak kiralah berapa banyak kali sental.
Kadang-kadang tu boleh pula terlekat warna merah atau kuning bergantung pada bahan yang dikisar, lama-lama makin tak lawa pula bila dilihat blender.
Sebenarnya ada cara mudah untuk bersihkan blender ni, guna dua bahan macam yang dikongsikan oleh Umie Wati.
Tips basuh blender
Bahan-bahan:
- ½ cawan tepung gandum
- 1 cawan air
Cara-cara:
- Masukkan tepung gandum dan air ke dalam pengisar.
- Kisarkan kesemua bahan tersebut sehingga hilang segala kekotoran dan bau pada pengisar.
- Buat sehingga rasa puas hati.
Banyak lagi sebenarnya cara nak basuh biar bersih menggunakan gabungan bahan lain seperti:
Guna kelapa parut
- Masukkan kelapa parut dan air dalam blender.
- Kisar campuran tersebut beberapa saat.
- Kemudian bilas blender, anda akan lihat kesan kuning hilang. Malah bau cili pun tiada.
Limau nipis dan beras
- Ambil satu biji limau nipis dan potong kecil, 3 sudu beras dan air secukupnya.
- Masukkan tiga bahan ini dalam blender dan kisar selama 15-20 saat.
- Tuang hasil kisaran, kemudian cuci dan bilas.
- Hasilnya kena kuning dan bau yang kurang enak pun akan hilang.
Baking soda dan cuka
- Ambil 1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
- Masukkan dalam blender, letak sedikit air dan gosok guna span basuh pinggan bersama cecair pencuci.
- Kemudian bilas seperti biasa.
Selamat mencuba!
Baca juga: Baru tahu ada ‘roller-coaster’ jatuh di Raub, pengunjung patah rusuk dan bengkak lutut