Seorang pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Dimple Jangda telah berjaya mencuri tumpuan selepas mendedahkan risiko makanan yang disimpan dalam peti sejuk.
Menyenaraikan empat jenis makanan, pakar yang berasal daripada Mumbai, India itu memberitahu bahawa ia boleh ‘meracuni’ manusia dan membahayakan kesihatan.
Berikut kami kongsikan empat jenis makanan yang berisiko jika disimpan dalam peti sejuk berdasarkan maklumat Dr Dimple Jangda, memetik laporan Times of India.
1. Bawang putih
Menurut Dr Jangda, bawang putih boleh ditumbuhi dengan sejenis kulat yang hidup dalam persekitaran gelap, lembap dan hangat sekiranya disimpan dalam peti sejuk.
Jelasnya, kajian dilakukan Universiti Cornell di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati bahawa penyimpanan bawang putih di dalam peti sejuk bukanlah tabiat yang baik.
Hal ini kerana, bawang putih sebenarnya mempunyai tahap keasidan yang rendah di mana ia sekaligus mendedahkan tumbuhan tersebut kepada Clostridium Botulinum.
Clostridium Botulinum merupakan salah satu jenis mikroorganisma patogenik yang menyebabkan demam dan kesakitan abdomen serta boleh mengakibatkan kematian.
Mikroorganisma ini sangatlah berbahaya khususnya kepada golongan berisiko tinggi seperti bayi, orang tua mahupun mereka yang mempunyai sistem imuniti rendah.
2. Bawang besar
Bawang besar yang dipotong separuh tidak boleh disimpan dalam peti sejuk kerana suhu tumbuhan itu rendah lalu menyebabkan pengumpulan bakteria tidak sihat.
“Apabila bawang disejukkan, kanji di dalamnya akan menjadi gula sebelum bertukar kepada kulat. Jangan simpan di dalam peti ais, bakteria akan terkumpul!.” Katanya.
3. Halia
Dr Jangda memaklumkan, halia juga boleh memerangkap kulat atau kulapuk dengan sangat cepat sekiranya tumbuhan tersebut telah disimpankan ke dalam peti sejuk.
“Kulat ini tidak mustahil boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati jika disimpan dalam peti sejuk dengan tidak betul. Simpanlah di tempat kering,” ulasnya.
4. Nasi
Siapa sangka, nasi antara makanan yang paling cepat memerangkap kulat sekiranya dibiar dan disimpankan dalam peti sejuk melebihi tempoh masa kira-kira 24 jam.
Amaran penyimpanan nasi di dalam peti sejuk turut dikeluarkan pihak Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) ia berpotensi mengandungi spora Bicillus Cereus.
Spora ini adalah sejenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dan ia tetap boleh hidup tanpa gangguan dalam nasi walaupun telah dipanaskan semula.
“Apabila anda memanaskan semula nasi, sentiasa periksa sama ada ia telah dikukus panas. Jangan panaskan semula nasi lebih dari sekali,” beritahunya dalam artikel itu.
Dr Jangda memberitahu, kebanyakkan makanan sebenarnya boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dengan syarat peraturan asas penyimpanan tidak boleh dilanggar.
Mengikut cadangan Dr Jangda, bekas plastik kedap udara boleh dijadikan sebagai medium penyimpanan makanan sebelum ia dimasukkan sekali ke dalam peti sejuk.
Jangan lupa mengikut peraturan ‘masuk dahulu, keluar dahulu’ di mana makanan yang lama perlu dihabiskan dahulu sebelum menyentuh bekas yang baharu dimasukkan.
Baca juga: “Dasar biawak hidup tak sedar diri, sudahlah semua aku tanggung, boleh pula dia cop aku gila harta”