“Suami kantoi ada koleksi video tak senonoh dalam telefon, bila aku tanya, jawapannya menyakitkan hati”

Oleh MAISARAH AISYA

Ketagihan video lucah adalah sukar untuk tabiat jika tidak bersungguh, seharusnya selepas berkahwin makin kurang namun ada juga yang semakin teruk.

Bukan apa, bimbang anak kecil yang suka bermain telefon terbuka dan terlihat pula video tak senonoh dan menyebakan mereka pula terpengaruh.

Seorang wanita Em (bukan nama sebenar) meluahkan rasa risau selepas suami kantoi mempunyai banyak bahan lucah dalam telefon.

Saya sudah berkahwin empat tahun dan baru dikurniakan seorang anak.

Baru-baru ni untuk kesekian kalinya suami kantoi masih tengok pornografi. Kali pertama kantoi masa awal perkahwinan.

Sedih tak tahu nak cakap sebab sepatutnya orang baru kahwin masih fasa honeymoon. Patutlah boleh tahan lama tak sentuh isteri sendiri, rupanya nafsu kat tempat lain.

Lepastu saya ubah diri. Saya yang tawar diri, saya yang mula dulu, siap berkomunikasi tentang apa yang suami suka etc. Saya akui memang saya buat sehabis baik.

Ubah lah macam mana pun, akan kantoi juga yang dia masih tak tinggalkan habit lama.

Yang peliknya saya tak cari sampai ke lubang cacing pun bukti tu, tapi akan kantoi juga. Tuhan nak tunjuk, akan jadi juga.

Setiap kali kantoi, minta maaf bersungguh sungguh janji tak buat lagi. Katanya susah sebab dah terbiasa sejak belum kahwin.

Saya tawar untuk tolong, sanggup untuk teman jumpa kaunselor tapi katanya, janji tak buat lagi.

Setahun setengah yang lepas, macam dah berhenti. Saya pula bukan jenis sentiasa check phone suami.

Lepastu saya mengandung. Selepas beberapa bulan bersalin, Tuhan nak tunjuk lagi so kantoi depan saya lagi. Kali ni makin licik, siap letak password kat folder.

Tapi kuasa Tuhan, phone dia error macam mana entah password tak function maka terkeluarlah segala grafik yang disimpan dalam folder yang disorokkan tu.

Hati ni rasa kosong. Tawar hati mungkin. Dalam masa yang sama masih in denial, dan ingin normalize ‘lelaki memang tengok pornografi’ sekadar untuk sedapkan hati sendiri.

Bukan apa risau bila anak dah besar terbuka pula telefon ayah yang penuh dengan video lucah tu.

Saya suri rumah sepenuh masa. Ibu bapa dah tak ada, adik beradik menghilang. Saya berhenti kerja untuk pindah ke tempat suami.

Tak ada simpanan, keluarga mahupun rakan-rakan, yang ada cuma segulung degree yang jadi perhiasan dalam fail.

Sekarang dalam fasa yang saya sendiri tak tahu nak gambarkan. Patut ke saya biarkan sahaja dia dan dunianya? Tapi saya sendiri dah tak tahu apa maksud normal.

Inilah akibat terlalu bergantung dengan suami. Bila terjadi sesuatu, jadi tak tahu nak buat apa.”

Baca juga: “Suami gantung aku tak bertali, semua bantuan untuk anak masuk dalam akaun dia”