Geli baca mesej lelaki songsang dalam telefon suami, wanita dedah sisi gelap abang sado

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita berjaya mencuri tumpuan ramai selepas membuat satu perkongsian mengenai sisi gelap golongan lelaki sado iaitu mereka yang berbadan sasa.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, suaminya dahulu pernah aktif bersenam di gimnasium sebelum berhenti mengunjungi tempat tersebut setelah berumah tangga.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan masih menerima pesanan secara terus (DM) di akaun Instagram miliknya daripada kenalannya yang bersenam di gimnasium itu.

Namun, wanita berkenaan langsung tidak menyangka bahawa suaminya itu rupanya menerima pesanan berbaur ‘godaan’ daripada kenalan yang juga berjantina lelaki.

“Suami muat naik gambar aku dengan dia pergi jalan-jalan. Kawan lelaki dia cakap, ‘wah, seronoknya. Bila kita nak pergi jalan berdua’. Suami baca sahaja, tak balas.

“Aku baca perbualan itu sudah rasa meremang. Aku baca curi-curi. Kebetulan suami tak lock(kunci) telefon. Kemudian pagi kelmarin, lelaki yang sama DM di Instagram ‘selamat pagi seksi’.

“Suami memang tak balas. Tak dinafikan suami masih sado walaupun sudah berisi sedikit. Mungkin itu sebabnya ada yang hantar mesej seperti itu,” kongsi wanita itu menerusi satu hantaran di laman X.

Menyedari suaminya sering menjadi sasaran kaum sejenis, wanita itu menjalankan tugasnya sebagai isteri menasihati lelaki itu agar tidak terjebak dengan maksiat.

Seperti yang dijangka, hantaran tersebut telah mengundang perbincangan hangat di kalangan pengguna media sosial terutamanya di kalangan pengunjung gimnasium.

Rata-rata pengguna tidak menafikan bahawa sememangnya wujud lelaki sado yang tertarik dengan kaum sejenis meskipun penampilan mereka nampak ‘jantan’ di luar.

Malah, ramai juga pengguna tampil berkongsi pengalaman diganggu oleh golongan homoseksual ini sehingga membuatkan mereka berhenti mengunjungi gimnasium.

“(Itu) sisi gelap golongan sado dekat gimnasium. Kau tak tahu ke? Kebanyakan yang sado ini geng kunyit. Aku cakap kebanyakan, bukan semua,” kata seorang pengguna.

“Suami majikan aku sampai berhenti sebab kena ‘usha’ (pikat). Sampai mandi pun dia tunggu. Terus tak pergi gimnasium lagi selepas itu.” Kongsi pengguna lain.

Baca juga: “Mentua asyik nak tambah bisnes, bila tak mampu mulalah suruh anak berhutang, konon balas budi…”