Penerbit Datuk Yusof Haslam memberitahu bahawa Syamsul masih belum menemuinya dan isteri, biarpun setelah selesai kes penceraian anaknya dengan Puteri Sarah Liyana.
Kali terakhir dua beranak itu bertemu adalah pada 2022 iaitu ketika ibu mentua Yusof yang juga nenek Syamsul sakit.
Kata Yusof, 70, dia tidak berhubung dengan Syamsul dan terus berdoa agar anaknya itu akan terbuka hati untuk datang berjumpa keluarga.
“Dia (Syamsul) tidak berhubung dengan saya. Mungkin dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang difahamkan akanditayangkan hujung tahun ini.
“Tidak mengapalah dia tidak pulang. Sebagai orang tua saya harus berfikiran matang. Kalau anak bersikap sebegitu, saya takboleh buat perkara sama.
“Kita serahkan semuanya kepada Allah untuk menentukannya. Setiap kejadian yang dah berlaku kita tak boleh ubah,” katanya.
Tambah Yusof dia juga belum bersua muka dengan dengan isteri Syamsul iaitu Ira Kazar selepas mereka bernikah pada Januaritahun lalu.
Malah Yusof juga enggan memberi komen lanjut tentang hubungannya dengan Ira kerana tidak mahu mengguris hati isteri iaitu Datin Patimah Ismail.
“Soal berjumpa itu saya tidak mahu komen. Biarlah masa dan keadaan menetukan.
“Saya pun mahu menjaga hati isteri. Tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana perkara ini. Harapnya adakejernihan dalam hubungan kami sekeluarga,” ujarnya.
Menurutnya lagi kemungkinan Syamsul masih terasa hati sehinga dia mengambil keputusan menjauhkan diri dan tidak menghubungi keluarga.
Terdahulu, Yusof mendedahkan anak lelakinya itu sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.
“Tiada anak yang tak sayangkan ibunya. Mungkin dia masih merajuk atau terkilan,” katanya.
Baca juga: Senang rupanya nak buang bau hamis daging segar, guna dua bahan je!