“Masa kecil lagi bapa dah terbiasa maki anak, bila kami dewasa dia mula layan mak macam sampah, siap meludah lagi”

Oleh MAISARAH AISYA

Seharusnya ibu bapa bertanggungjawab dalam mendidik anak untuk berbudi bahasa dan mengajar mereka perkara baik atau buruk.

Namun jika dari kecil lagi sudah disajikan dengan makian maka tak terkejut jika mereka mempunyai sikap sama.

Seorang wanita Mona (bukan nama sebenar) mula hilang rasa hormat terhadap ayahnya selepas melihat cara ibunya dilayan dengan sangat teruk.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Bapaku sudah uzur, tak mampu urus diri sendiri tapi masih berjalan perlahan-lahan tanpa bantuan orang lain.

Tapi satu aku tak suka dengan ayah aku ini sebab dia suka meludah mak aku, kalau dia tak suka mak aku tolong dia jalan maka muka mak aku dipenuhi air ludahnya.

Anak-anak semua duduk jauh belaka jadi bila aku balik dan nampak apa yang bapa aku buat, aku tampar mulut bapa, aku rasa aku derhaka.

Sudahlah makan pun kena suap, boleh pula dia ludah makanan yang mak aku suapkan, siap baling pinggan sampai berterabur nasi.

Bukan strok teruk, hanya strok minor tapi semua benda nak harapkan mak aku bila tak suka asyik nak meludah sahaja kerjanya.

Masa muda lagi teruk

Nampak macam tua ni teruk tapi masa muda bapa aku suka tendang dan maki hamun aku dan adik beradik.

Kalau kami gaduh, biasalah budak-budak, bapa akan baling makanan. Tak cukup itu, boleh kata hari-hari dia doa anak mati kena langgar lori.

Bila anak dah meningkat dewasa, anak datang rumah, dia tanya, bila kau nak blah (keluar). Solat dan puasa tu aku tak boleh cakap apa, kalau buat tak mungkin perangai seteruk ni.

Anak-anak semua pilih untuk jauhkan diri. Dendam barangkali. Termasuklah aku. Balik sebulan sekali ja.

Aku rasa macam trauma masa kecil sebab masih jelas sampai sekarang apa yang bapa buat dekat aku.

Bila sudah ada anak ni, aku jadi takut nak marah, aku tak mahu anak ada trauma macam yang aku pernah kena dulu.

Mak aku pun tak muda dah. Nak uruskan suami dia. Aku kesian mak aku.

Kaki yang dia guna untuk sepak anak-anak, sepak kucing tu lah yang tak boleh berjalan betul sekarang ni. Bengkak sana sini.

Tangan yang suka pukul anak-pukul, pukul kucing tu la yang tak boleh angkat dengan elok sekarang ni.

Doktor cakap tak da sakit apa-apa. Cuma strok minor saja. Baru-baru ni mak aku kena ludah sebab suruh mandi.

Masa tu aku jerit dan tampar tangan dia. Aku marah betul dengan apa yang bapa aku buat. Tak insaf langsung. AKu tak mendoakan tapi aku harap sangat tuhan cepat ambil dia.

Baca juga: Bapa akhirnya datang selepas tular foto anak termenung, rupanya tiada kerja punca setahun tak jenguk