Walaupun kerjaya memandu teksi ini pernah menjadi antara pengangkutan awam yang sering digunakan rakyat Malaysia, tapi tiada inisiatif seperti caruman diberikan kepada mereka.
Kini Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM1.165 juta untuk melengkapkan 100 peratus tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Menurut Sinar Harian, caruman tersebut akan diberikan kepada 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang bekerja sendiri.
Ini adalah untuk membuktikan kerajaan menitikberatkan aspek keselamatan pemain industri terlibat.
Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia (GTSM), Kamarudin Hussain bersyukur dengan inisiatif terbaru ini.
Menurut Kamarudin, inisiatif dilaksanakan buat julung kali itu juga merekodkan sejarah apabila belum ada mana-mana kerajaan sebelum ini yang berbuat demikian.
Walaupun jumlah tidak besar untuk setiap orang namun manfaat yang bakal diterima jauh lebih bernilai terutamanya ia melibatkan perlindungan.
“Walaupun kita nampak jumlahnya tak besar mana, tapi manfaat yang tersembunyi sebalik caruman itu sangat besar sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku ketika kita memandu atau selepas pulang membawa teksi.
“Sebelum ini ramai pemandu teksi yang meninggal dunia ketika sedang bekerja…sakit jantung…ada yang meninggal dalam kereta di tempat parkir tapi tak dapat sebarang pampasan.
“Terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif ini,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini media melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kementeriannya bersetuju membiayai baki caruman sebanyak 10 peratus atau RM23.30 bagi melayakkan individu terlibat mendapat perlindungan selama setahun.
Baca juga: