Siri Netflix terkenal, ‘Squid Game’ pernah menjadi tular di serata dunia hingga mendapat perhatian malah banyak kostum dijual di pasaran.
Kini muncul pula kes salah seorang pelakon siri tersebut terlibat dengan salah laku seksual yang berlaku pada tahun 2017.
Menurut AFP, mahkamah tempatan di Korea Selatan mendapati O Yeong-su bersalah atas tuduhan salah laku seksual selepas didakwa menyerang seorang wanita tujuh tahun lalu.
Pelakon berusia 79 tahun itu menjadi warga Korea Selatan pertama memenangi Anugerah Golden Globe untuk pelakon pembantu terbaik untuk wataknya dalam filem thriller dystopian Netflix.
Mahkamah daerah Suwon cawangan Seongnam memaklumkan AFP bahawa pelakon tersebut dijatuhi hukuman penjara lapan bulan serta digantung selama dua tahun.
Pada masa sama, tertuduh juga diperintahkan untuk menyelesaikan 40 jam kelas mengenai keganasan seksual.
“Rekod mangsa mengenai serangan dan dakwaannya adalah konsisten dan nampaknya kenyataan yang tidak boleh dibuat tanpa benar-benar mengalaminya”, kata hakim Jeong Yeon-ju.
Pelakon tersebut juga didakwa pada 2022 tanpa ditahan atas tuduhan melakukan serang seksual terhadap seorang wanita tidak dikenal pasti dalam tempoh dua kali.
Insiden tersebut berlaku semasa pelakon berkenaan tinggal di kawasan luar bandar untuk melakukan persembahan teater pada 2017.
Menurut mahkamah itu lagi, O Yeong-su melakukan salah laku itu di laluan pejalan kaki dan di hadapan kediaman mangsa
Baca juga: Malaysia Airlines bersaing dengan Bank of America, intip peluang jadi penaja Chelsea FC?