Bila sudah ada keinginan untuk sambung belajar, apa sahaja halangan pasti akan cuba diatasi.
Begitu juga buat pelakon ini yang sanggup menjual aset peribadi untuk melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theathre and Film Institue, Los Angeles (LA) lapor Kosmo! Online.
Susulan itu, Jasmine Suraya terpaksa menjual barangan peribadi termasuk kereta bagi menanggung pembiayaan sepanjang menghabiskan pengajian dalam masa beberapa bulan sahaja.
“Apabila mata wang negara turun, mahu ke sana memerlukan banyak duit kira-kira RM300,000 hingga RM400,000.
“Jadi, saya jual kereta dan barangan peribadi sebab banyak benda tiada nilai.
“Barangan yang ada harga, saya simpan manakala yang lain saya jual dan laburkan kepada perkara lebih baik,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online..
Jasmine Suraya sebelum ini cuba mendapatkan sokongan kerajaan Sarawak bagi mendapatkan dana namun gagal dan akhirnya terpaksa menanggung sekitar RM300,000 baki yuran pengajian.
“Saya tidak dapat dana daripada kerajaan Sarawak walaupun sudah terbang ke sana berjumpa pihak berkaitan.
“Saya juga cuba menghubungi dan mesej mereka tetapi tidak dipedulikan. Saya kecewa sebab sudah hantar permohonan banyak kali.
“Agak terkilan, tiada masalah kalau tidak diberikan kepada saya tetapi bagaimana pula orang berbakat yang datang dari latar belakang tidak seberapa, tiada duit untuk pergi belajar,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Tambahnya dia juga pernah menghubungi Yayasan Sarawak, Kementerian Pelancongan dan FINAS namun tiada yang berjaya.
Jasmine pada mulanya akui teruja apabila terpilih menjadi aktres pertama Malaysia sekali gus Asia melanjutkan pengajian di Lee Strasberg Theatre and Film Institute LA.
Antara bintang ternama Hollywood yang juga merupakan alumni institut berkenaan adalah Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson dan Lady Gaga.
Baca juga: Buat serangan seksual, pelakon berusia 79 tahun dipenjara 8 bulan