“Duit mengasuh tak bagi tapi nak servis tiptop, hilang sabar aku dengan perangai ipar”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak terkilan bila dilayan bak hamba abdi oleh keluarga suami hanya kerana berhati baik untuk membantu.

Ipar duai sekalipun perlu sedar bahawa anak itu tanggungjawab sendiri, jangan senang melepaskan amanah tuhan kepada orang lain.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap kakak iparnya yang sering menghantar anak untuk dijaga tanpa sebarang bantuan dihulurkan.

“Saya ni dah turut berat badan mendadak, bila buat rawatan tiada penyakit, rawat cara tradisional pun tak jumpa punca masalah.

Tapi saya yakin salah satu faktor adalah masalah ipar. Dia memang baik tapi bila aku baik sangat mulalah dia ambil kesempatan.

Saya duduk rumah mentua sebab duit bulanan nak simpan untuk beli kediaman sendiri. Kalau menyewa nanti memang habis duit jadi saya bersabar sahaja.

Mentua memang baik tapi ipar saya ni selalu hantar anak ke rumah mak mentua (mak ipar). Beza umur kami hampir 20 tahun jadi biasalah pada mulanya dia angkuh tapi lama-lama baik.

Awal-awal perkahwinan dulu saya dah kena jaga anak dia umur empat tahun. Nakal sangat, berak merata, dinding habis diconteng. Setahun saya hadap.

Pukul 5.30 pagi dah kena buka pintu sebab dia hantar, dahlah tak pernah bayar, balik kerja lepas rumah mak mentua sebelum suami dia datang jemput.

Satu hari tu saya terkilan sebab dia mengomel katanya anak tidur tak berbantal padahal tidur aras sofa empuk. Duit mengasuh tak bagi tapi nak servis tiptop.

Sekarang bila anak dia dah besar, setiap kali curi sekolah dia hantar anak dia tidur sini, hujung minggu pun hantar dengan alasan nak bermesra dengan suami sendiri.

Alasan dia bagi sebab anak dia suka main dengan anak saya. Bayangkan rumah teres, anak saya lima orang, anak dia tiga orang.

Penat mental saya nak melayan bila mereka bergaduh, berebut mainan, mandi hujan, makanan pula kena masak banyak-banyak.

Barang mahal sekarang ni tapi dia tak ada terfikir langsung nak hulur duit untuk masak bagi anak dia makan.

Bila dah siap kena hidang pula, basuh pinggan pun saya juga kena sebab anak-anak jenis kadang basuh kadang tidak

Sampai bila dia nak susahkan saya. Dia ingat tak penat ke jaga anak sampai mental saya down, tengok muka anak dia pun jadi geram.

Suami sendiri pula sama sahaja tak berguna, tak berani melawan cakap kakak sebab ipar anak sulung. Saya ni dah ibarat bibik nak kena uruskan anak dia.

Tak ada langsung empati untuk ambil tahu pasal anak, semua lepas dekat saya sahaja. Penat betul.

Baca juga: