Seorang pegawai perubatan mengeluh apabila gaji bulananya yang mencecah RM5,000 tidak cukup untuk menanggung komitmen bulanannya.
Seorang pengguna X @meinmokhtar berkongsi mengenai keluhan tersebut yang dihantar individu tanpa nama.
Menurut individu yang didakwa pegawai perubatan gred UD41 itu, dia tidak mempunyai komitmen yang banyak, namun mempunyai sebuah kondominium yang disewa pada harga RM2,900 sebulan.
Selain itu dia perlu mengeluarkan RM500 untuk bayaran pinjaman kereta, RM100 untuk bil internet dan telefon, serta RM400 untuk petrol.
Atas sebab itu katanya, dia tidak mempunyai cukup wang untuk makan sehingga terpaksa makan mi segera setiap kali hujung bulan.
Perkongsian ‘anonymous’ itu ternyata mengundang perbincangan ramai, mengumpul lebih 363,000 orang yang melihat dan 1,500 suka pada masa laporan ini ditulis.
Individu itu juga sempat bertanya di manakah silapnya sehingga dia tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi bahkan tidak mempunyai simpanan biarpun gajinya cukup besar.
Rata-rata yang meninggalkan komen semuanya menyentuh tentang bayaran sewa kondominium yang agak mahal sehingga memakan lebih separuh daripada gajinya.
Mereka antara lain menasihatkan agar mencari rumah sewa pada kadar berpatutan dengan gajinya yang berjumlah RM5,000.
Sementara itu seorang penasihat kewangan memaklumkan sudah banyak kes seperti ini berlaku khususnya membabitkan mereka yang bekerjaya profesional.
Menurut Ooi Beng Cheang, pegawai perubatan kebiasaannya mempunyai kerja shift yang panjang sehingga kadang kala tiada masa untuk menjaga diri, dan dengan itu memerlukan ‘coaching session’ dengan perancang kewangan.
“Untuk perbelanjaan peribadi boleh ikut panduan 50/30/20. 50% untuk keperluan (cukai, bil, perumahan, pengangkutan). Maksimum 30% untuk kemahuan (dating, makan dekat luar, perayaan), 20% untuk simpanan (melabur).
“Kalau gaji RM5,000 ada RM2500 untuk keperluan. Ada lagi rule of thumb, 30% untuk perumahan (sewa, mortage). Jadi ada RM1500 untuk sewa sahaja.
“Kena cari lah sewa ikut kemampuan. Duduk jauh lagi, kongsi dengan orang, duduk rumah PPR, etc,” kongsinya.
Baca juga: Ustaz ini kongsi 4 tips tepis godaan wanita, ada alasan sendiri tolak amal poligami