Biasalah kita ni kalau lihat sayur dalam peti ais dah layu, laju sahaja nak buang sebab ingat dah tak boleh guna untuk memasak.
Tambahan pula nak makan sayur ini kena ada mood, kadang makan tapi selalunya terperap sahaja di lubuk paling dalam peti ais.
Rupanya ada cara senang untuk segarkan balik sayur, tak perlu guna bahan pelik-pelik, air sejuk pun dah cukup.
Tip ini dikongsikan pengguna Tiktok, cikkpuanshikin mengenai cara untuk menyegarkan semula sayur.
“Kalau ada sayur yang layu, jangan buang tapi ikut cara saya ini,” ujarnya dalam video tersebut.
Tip segarkan semula sayur dah layu
Bahan-bahan:
- Sayur yang dah layu
- Air sejuk
Cara-cara:
- Isi air sejuk (bukan air masak), isi sampai tenggelam sayur.
- Jadi lepas tenggelam tu biarkan sahaja selama mana sampailah sayur segar semula.
- Lepas tiga jam, sayur segar semula, tak perlu susah nak buang.
Tip tersebut dikongsikan ibu mentua pengguna TikTok dan ia dipersetujui pekerja di hotel yang turut membuat langkah sama.
“Air tambah ais batu, rendam ulam pun boleh, dia akn jd segar balik. Petua daripada tukang masak masa kerja dekat hotel.
“Cara ini memang berkesan sebab air tu adalah larutan hipotonik jadi dia akan masuk ke dalam sayur dan ia akan segar disebabkan proses deplasmolisis.
“Sawi kecut tapi sebelum buang, letak sekejap dalam besen air bila masuk dapur balik dalam sejam dua tengok-tengok sayur segar terus masak,” antara komen netizen.
Baca juga: Guna 4 bahan sahaja untuk buat pewangi rumah! Bau macam dekat lobi hotel