Isu kesukaran mendapatkan air bersih bukanlah satu perkara baru yang dialami rakyat negeri Kelantan.
Seharusnya kerajaan negeri sentiasa mencari masa untuk membincangkan isu yang sudah bertahun lama tidak selesai.
Disebabkan itu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin memohon maaf kepada pengguna air di beberapa kawasan di Kelantan.
Ia adalah susulan rakyat di negeri itu terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan air bersih lapor Sinar Harian.
Mahu buat program bersama Air Kelantan
Pada masa sama, beliau memaklumkan akan ada kerjasama dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk melaksanakan satu program.
Program tersebut adalah untuk melihat kawasan yang terkesan teruk bagi membolehkan tindakan segera dilakukan termasuk penghantaran lori tangki air.
Penggantian paip lama dan pembinaan loji rawatan ambil masa
Menurut Dr Izani, penggantian paip lama dan pembinaan loji rawatan mengambil masa agak lama untuk disiapkan dan banyak dalam proses disiapkan.
“Saya mohon maaf kerana masih ada yang tidak sempat diselenggara dan siap sepenuhnya.
“Kita tidak menyalahkan sesiapa kerana pengurusan sebelum ini juga sudah melakukan yang terbaik,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau menjangkakan infrastruktur air akan siap sepenuhnya pada tahun 2028, makah banyak loji dalam pembinaan.
Dr Izani turut mencadangkan agar rakyat di negeri itu untuk menyimpan air dalam tangki disebabkan negara sedang dilanda musim kemarau, ditambah perayaan yang akan menjelang nanri.
Dalam pada itu, beliau berharap pembinaan kemudahan bekalan air melalui Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan atau migrasi air antara Kerajaan Persekutuan dan Kelantan dapat dipercepatkan.
“Dalam tempoh itu, insya-ALLAH kita akan hantar lori dan menaik taraf loji supaya jumlah air meningkat untuk keperluan cuma mengambil masa,” katanya.
Baca juga: Isu peruntukan Ahli Parlimen belum selesai, TPM maklum ketua pembangkang minta tangguh perbincangan