Isteri mohon Safee Sali pulangkan 2 anak, rupanya dah lebih sebulan bawa lari

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu mana tak rindukan anak yang sembilan bulan dikandung, dibesarkan dengan kasih sayang dan dipisahkan si ayah tanpa sebarang sebab.

Isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali merayu agar dia dibenarkan berkomunikasi dengan dua anaknya.

Menurut Harian Metro, Fitria Elfina Maharip mendakwan dua anaknya dilarikan bekas suaminya sejak 6 Februari lalu.

“Sudah sebulan lebih saya tak boleh berkomunikasi dengan anak saya.

“Saya pun tak tahu anak saya ada di mana sekarang ini,” kata Fitria Elfina seperti dipetik Harian Metro.

Anak tulis surat

Tambahnya dia hanya mengetahui mengenai keadaan anak berusia tujuh dan sembilan tahun itu menerusi satu surat yang dijumpai dalam kereta Safee.

“Dia (Safee) ada datang beberapa minggu lalu ambil barang anak-anak, tetapi dia keluar ikut pintu belakang dan naik kenderaan e-hailing.

“Keretanya ditinggalkan di rumah saya, jadi saya ambil kunci pendua dan nampak surat yang menyatakan anak-anak rindukan saya.

“Dalam surat itu juga menyatakan, anak-anak di sana tak selesa kerana ada orang yang marah,” tambahnya.

Mahu tuntut penjagaan anak

Tidak pernah berpisah dengan anak, Fitria Elfina yang ditemani peguamnya, Amir Syazwan Ahmad Fauzi akan menjalani proses sulk kes tuntutan hak penjagaan anak bersama Safee.

“Saya nak berjuang untuk anak-anak saya sebab 100 peratus memang saya jaga anak.

“Saya tak pernah berpisah dengan anak-anak, ini kali pertama kami berpisah,” katanya.

Bagaimanapun peguamnya memaklumkan proses sulk tidak berjaya selepas kedua pihak gagal capai kata sepakat dan sebutan semula akan berlangsung pada 9 Mei.

Baca juga: Akui masih duduk sebumbung, isteri pertama Datuk Red dedah punca fail penceraian