Jangan guna berus besi dekat periuk stainless steel, boleh rosak! Rupanya ini cara betul

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap rumah ada satu atau dua periuk stainless steel, bila nak hilangkan kotoran punyalah susah.

Kalau guna berus besi memang kotoran tanggal tapi jelas kesan calar di periuk itu, tak sampai setahun nanti dah tak boleh guna.

Ikuti perkongsian Angeline Tyy menerusi portal Sirap Limau tentang cara sebenar membasuh periuk jenis stainless steel.

Tip penjagaan periuk stainless steel

Bahan-bahan:

  • Periuk stainless steel
  • Air
  • Tuala dapur kertas
  • Scotch Brite 3M
  • Axion atau Swif detergent paste

Cara-cara:

  1. Rendam periuk dengan air selepas siap memasak.
  2. Kemudian, buang air tersebut.
  3. Lap segala minyak, kotoran atau makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (tisu dapur)
  4. Selepas itu, basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang basah dengan Axion atau Swif detergent paste.
  5. Lap dengan tisu dapur untuk keringkannya sebelum disimpan.
  6. Periuk itu akan sentiasa kekal berkilat.

Tak perlu susah-susah nak gunakan seluruh tenaga nak menyental apatah lagi tengah puasa di musim kemarau.

Jangan guna bahan ini!

Ha! Mesti ada yang jenis suka guna segala jenis buah berasid dengan cuka untuk basuh, elakkan ia, nanti rosak.

Ini antara bahan yang anda perlu elak digunakan semasa membasuh periuk stainless steel.

  • Asam
  • Jus nenas atau lemon
  • Cuka
  • Baking soda
  • Coke
  • Garam

Memang nampak cantik dan berkilat tapi sebenarnya ia akan menyebabkan kotoran lebih cepat melekat.

Selamat mencuba!

Baca juga: Lelaki bingung kedai caj RM6 sebab ‘order’ air kurang gula dan ais, terpaksa bayar hampir RM40 untuk dua gelas jus