Pastinya ada ibu bapa yang mahu menyenangkan anak-anak dengan menyediakan rumah agar mudah buat mereka selepas berkahwin.
Namun itu bukanlaha alasan untuk mengongkong anak-anak dan menantu hingga timbul keresahan dalam hati mereka.
Seorang wanita Teratai (bukan nama sebenar), berkongsi mengenai sikap bapa mentua yang sering kali melawat rumah dibeli buat suaminya, Limau.
Di bawah adalah perkongsian tersebut.
Nama saya Teratai. Berusia 30 tahun. Sudah berkahwin dengan Limau hampir lima tahun dan mempunyai dua orang anak lelaki dan perempuan yang sangat comel.
Alhamdulillah Limau datang daripada keluarga yang agak senang dibandingkan dengan saya. Semua keperluan Limau disediakan oleh ibu bapanya.
Berbeza dengan saya yang telah dididik dari kecil jika mahukan apa-apa perlu usaha sendiri dan memang saya juga jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain lagi-lagi ibu bapa saya.
Sebagai contoh, kereta. Saya memiliki kereta pada usia 24 tahun semua hasil dari duit saya sendiri termasuk duit muka. Limau pula dapat kereta dibeli secara tunai daripada abahnya.
Pada awal perkahwinan, kami duduk bergilir. Sebulan di rumah ibu bapa saya. Sebulan di rumah ibu bapa Limau. (Jarak rumah dalam 20 minit sahaja).
Sebelum berkahwin lagi saya sudah berbincang dengan Limau untuk beli rumah kediaman kami di kawasan yang berdekatan dengan kedua ibubapa kami.
Saya mencadangkan untuk ambil pinjaman bersama. Namun, Limau maklumkan abah dah belikan rumah untuk kami duduk. Tapi rumah tersebut nama Abah dan dibeli secara tunai.
Siapa yang tak seronok, dapat duduk rumah percumakan? Tapi itu bukan saya. Sebab saya rasa ibarat menumpang di rumah orang.
Saya ajak Limau beli rumah lain, letak nama bersama. Namun cadangan saya ditolak. Kenapa perlu ada komitmen jika dah ada yang memudahkan. Saya pon akur.
Ditakdirkan pada 2019 ibu mentua saya meninggal dunia. Tinggallah abah bersama kakak dan adik ipar sahaja di rumah mereka.
Kakak ipar pada mulanya menyuruh kami pindah duduk bersama mereka di rumah Abah.
Namun suami enggan kerana kesiankan saya dari segi aurat dan juga inginkan privasi bersama.
Namun, bermula dari situ, setiap minggu hari Sabtu dan Ahad abah dan adik akan datang ke rumah kami. Kadang-kadang datang mengejut tanpa beritahu.
Kadang-kadang jika pagi kami dah berkunjung ke rumah abah. lepas asar kami pulang dan dalam jam 5.30pm abah datang pula ke rumah kami. Setiap minggu.
Makin lama saya makin penat sebab hari minggulah untuk saya mengemas rumah, berehat, luangkan masa bersama keluarga tambahan pula anak-anak saya masih kecil dan sedang buas orang kata.
Memang rumah bersepah (bersih tapi bersepah dengan mainan), kain baju tak berlipat. Hari bekerja jam 7 pagi kami dah keluar, balik sampai rumah dah 7 malam.
Malam nak siapkan anak-anak makan lagi, urus kain baju untuk esok lagi. Sampailah jumaat jadual yang sama.
Pernah satu hari, hari sabtu pagi-pagi ye dalam jam 9 pagidah tercegat depan pagar tekan loceng berkali-kali.
Ya Allah tekanan perasaan sangat saya masa tu. Tapi apa saya boleh buat, ni rumah dia. Bukan rumah saya. Terpaksa akur.
Saya jujur dengan suami. Saya letih macam ni. Tiap pagi Sabtu saya akan anxiety nak mengemas rumah sebab takut abah datang.
Oh ya, abah kalau datang memang macam warden, dia akan tinjau setiap ruang. Tapi dia tak cakap apa-apa. Tu yang saya risau.
Risau dia bercerita kat adik beradik ipar kalau rumah saya bersepah, tak basuh pinggan, baju tak sempat lipat.
Risau. Bukan saya tak buat semua tu tapi memeng kebetulan masa dia terjah tu saya tak sempat nak mengemas lagi dengan anak kecil lagi. Stress sangat rasa.
Saya dah decide nak beli rumah lain atas nama saya seorang, loan saya seorang. Saya cakap kat Limau, risau kalau awak mati dulu nanti saya dan anak-anak kena duduk kat lain.
Sebab ni bukan rumah awak, ni rumah abah, apa-apa yang akan datang kita tak tahu. Awak tak nak beli tak apa. Saya beli dan akan submit pinjam dan senang lulus.
Tapi syarikat Limau pula ada masalah maka kalau saya tanggung seorang nanti terbeban pula keluarga. Terpaksa layan dulu kerenah abah.
Bapa mentua datang rumah masa semua keluarga bekerja
Baru-baru ni kami ada hias rumah dan saya muat naik di status dan kakak ipar tunjuk kepada abah.
Konon nak buat kejutan tapi muka abah tak ada reaksi rupanya dia maklum dia dah datang tengok masa saya dan suami tiada di rumah. Terkejutlah kami.
Saya tahu ini rumah abag tapi dah bagi pada anak maka jagalah privasi kami suami isteri. Datang pula dengan menantu lain, mana saya nak letak muka kalau rumah bersepah.
Saya memang bersyukur dapat dudak rumah ni secara percuma tapi sampai bila saya nak kena tahan dengan perangai abah.
Sampai saya pernah terdetik nak berpisah dengan suami biar dia layan kerenah abah. Biar saya beli rumah sendiri tapi apa pula nasib anak nanri.
Baca juga: “Terkejut beruk masuk rumah mak suami, bukan main bergaya tapi bilik macam sarang tikus”