Ceburi bidang seni, KJ akui lebih selesa daripada jadi menteri

Oleh MAISARAH AISYA

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilihat lebih santai di luar bidang politik malah banyak terlibat dengan iklan serta menjadi model baju raya.

Tidak hanya itu beliau juga tidak kisah diusik netizen yang menyatakan perbezaannya semasa menjadi ahli politik dan sekarang.

Menurut Kosmo! Online, Khairy atau dikenali KJ ini gembira menjalani karier terkini tanpa perlu kembali ke dunia politik.

“Tak tahu lagi, tapi apa yang saya boleh katakan saya tengah seronok dengan kerjaya sekarang.

“Jadi tiada apa-apa keperluan untuk saya kembali ke dunia politik buat masa ini.

“Cabang saya masih lagi berada di mata publik sebagai seorang podcaster, deejay dan sebagai duta Elrah Exclusive, tapi ke mana selepas ini belum tahu lagi,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Jadi duta baju Elrah

Terpilih menjadi duta pakaian produk tempatan, Elrah Exclusive pada tahun ini, beliau berkongsi sebab utama bersetuju dengannya.

“Saya sangat teruja untuk bersama kempen raya Elrah Exclusive pada tahun ini. Saya setuju untuk kempen Elrah ini pun sebab pemilik dia El Azman.

“Pendapat saya dia seorang usahawan tempatan yang berjaya dan saya juga suka martabatkan baju Melayu.

“Kalau bukan kita, siapa lagi,” jelasnya.

Tak tolak tawaran berlakon

Tambahnya, jika diberi tawaran berlakon maka beliau tidak akan menolak dan percaya ia satu bentuk rezeki buatnya.

“Kalau ada rezeki tawaran untuk berlakon filem dan sebagainya, insya-Allah,” katanya.

Baca juga: Hafiz Mahamad belanja 10 bas balik kampung, mahu anak perantau balik raya dengan mak ayah