Solat tarawih di negara ini baca 30 juzuk al-Quran setiap hari, mula 7 malam habis pukul 3 pagi 

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah masjid di Magetan, wilayah Jawa Timur Jakarta menganjurkan solat sunat tarawih dipercayai paling lama di Indonesia yang berlangsung selama lapan jam, lapor laman berita Suara kelmarin, memetik Agensi.

Jemaah Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di kompleks sekolah pondok Al Fatah menunaikan solat tarawih dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk dalam satu malam.

Agensi melaporkan, setiap kali bulan Ramadan tiba, Masjid Al-Fatah melakukan rutin itu.

Solat tarawih tersebut bermula dari pukul 7 malam (waktu tempatan) dan berakhir sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Jumlah rakaat yang dilakukan adalah 20 rakaat dengan tiga rakaat solat sunat witir.

Jemaah masjid tersebut terdiri daripada penghafal al-Quran dari pelbagai sekolah pondok dan tahfiz selain  turut diikuti oleh orang ramai.

Namun, disebabkan tempoh masanya yang lama, tidak ramai penduduk setempat dikatakan mengikuti solat tarawih di situ. 

Baca juga: Baju warna ‘brick orange’ haram? Ini penjelasan sebenar PU Amin, rupanya…