“Aku ni dari kecil dah dibenci keluarga, pandai pula adik beradik aku buat baik bila nak meminjam duit”

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa jangan memilih kasih antara anak-anak, yang dilayan teruk itu jugalah akan berbakti buat keluarga.

Jangan ingat anak tak ada perasaan, bila dah tua nanti hidup merempat maka salahkan sahaja diri sendiri.

Seorang wanita Zulaikha (bukan nama sebenar) berkongsi bagaimana dirinya selalu diberi layanan berbeza daripada ibu dan adik beradiknya.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Ini kali pertama aku meluah dalam ni. Selama ni aku hanya seorang pembaca sahaja. Harapnya luahan aku diterima.

Aku Zulaikha (bukan nama sebenar), usia penghujung 20-an, masih belum berkahwin sebab tak jumpa orang yang sesuai.

Apa yang aku nak cerita ni berkenaan keluarga aku. Aku ni antara anak yang paling terbuang dalam keluarga.

Mak aku seorang yang narsistik. Semua benda aku buat salah dan tak kena di mata dia.

Dari kecil aku dibantai ditambah dengan bebelan. Kadang-kadang bebelan tu berlarutan sehingga berhari-hari atau berminggu-minggu.

Adik-beradik aku pula semua tak suka aku. Mak aku hasut mereka untuk benci aku.

Bila aku tak ada kat rumah, mak aku akan mengumpat pasal aku kat adik-beradik aku yang lain. Mereka pun baik dengan aku sebab nak duit je.

Dalam adik-beradik, aku belum kahwin lagi. Gaji aku tak besar mana tapi selalu ada lebihan tiap bulan sebab tak ada komitmen besar.

Pinjam pandai tapi malas nak bayar

Adik-beradik aku bila pinjam duit memang liat nak bayar balik. Bila aku minta nanti mereka akan mengadu pada mak aku.

Maka mulalah mak aku kata aku mengungkit, ataupun ayat yang selalu dia guna,”mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita”.

Ya, aku tahu tu. Kalau setakat pinjam sekali dua tak bayar aku faham. Tapi kalau dah banyak kali pinjam dengan jumlah yang banyak macam mana aku nak diam je.

Walaupun aku tak ada komitmen sangat tapi aku ada juga barang keperluan atau reward setelah penat bekerja.

Diejek anak dara tua

Lagi satu, mak dan adik-beradik aku suka ejek aku ‘anak dara tua’ atau ‘tak laku’.

Bila aku tak jadi berkenalan dengan mana-mana lelaki, mak aku suka salahkan aku. Padahal aku tolak lelaki tu bersebab. 

Tak mungkin aku nak kahwin dengan orang yang panas baran.

Mak aku bila nampak je lelaki tu berduit terus dia nak terima jadi menantu walaupun perangai ntah apa-apa.

Ayah aku? Ada je. Tak berani nk melawan mak aku. Sebab dia pun sama kena bebel tak boleh salah sikit. Kadang-kadang aku kesian tengok ayah aku. Tapi tulah nak buat macam mana.

Di bulan puasa ni minta tolong semua doakan keluarga aku ni berubah ya.

Oh lagi satu, baru ni aku ada mohon kerja di luar negara. Tolong doakan aku dapat kerja tu. Mana tau bila aku berjauhan nanti baru keluarga aku sedar yang aku ni berharga.

Baca juga: “Dia beriya yakinkan aku yang isteri dia bagi ‘green light’ untuk kahwin, rupanya semua tu helah…”