Tular sebelum ini mengenai pekerja Kedah Agro Holdings yang menuntut syarikat membayar gaji tertunggak dengan anggaran RM560,000.
Hal tersebut diusulkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi satu memorandum untuk membantu pekerja syarikat itu.
Dalam satu video menjawab persoalan tersebut, Sanusi memaklumkan tidak akan menggunakan duit kerajaan untuk membayar gaji pekerja Agro Kedah.
Malah memaklumkan keputusan terbaik adalah untuk menutup sahaja syarikat yang hanya memberikan kerugian selain menyifatkan ia sebagai lintah lapor Berita Harian.
“Saya punya polisi jelas, dah diumum pada 2020 iaitu mana-mana anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang tak boleh menyumbang kepada kerajaan, hisap darah kita tutup tapi tak ditutup.
“Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah,” katanya.
Seorang pengguna X tampil memerli jawapan diberikan Sanusi yang dilihat lepas tangan dan mengambil jalan mudah.
“Semasa Goodyear di Shah Alam tutup, Pas belasah Menteri Besar Selangor padahal Goodyear tak ada kaitan pun dengan kerajaan negeri Selangor.
“Tapi apabila anak syarikat kerajaan negeri Kedah tak mampu bayar gaji pekerja, Sanusi suruh tutup sahaja. Kemudian penyokong Pas pun bersorak gembira,” ujar pengguna X.
Hal tersebut turut menyita perhatian Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang juga menyoal isu sama.
“Tengok video kat Tiktok penjelasan dari MB Kedah berkenaan isu beli kereta baru dan tunggakan bayaran gaji Kedah Agro Holdings Berhad.
“Baik punya spin. Kalau kena kat orang, dia terpaling hentam, bila kena kat dia semua ok halalan toyyiban. Alasan pun cun sahaja,” ujarnya di X.
Rata-rata netizen turut mempersoal perkara sama apabila duit kerajaan digunakan untuk membeli kereta mewah.
“Duit kerajaan tak boleh digunakan untuk bayar gaji pekerja tapi boleh digunakan untuk membeli kereta mewah untuk kegunaannya.
“Bagi aku senang sahaja, apabila kena orang semuanya salah tapi kena kat dari sendiri semua jadi betul.
“Lagi satu apa yang puak ni perjuangkan selain beli kenderaan baru setiap tahun? Di mana sifat yang kata bela rakyat,” antara komen netizen.
Baca juga: 20 tahun tunggu air bersih, Exco minta rakyat Kelantan sabar, lagi 3 tahun masalah akan ‘settle’