Siapa menyangka dek kerana kesilapan bank, dua kanak-kanak ini jadi jutawan segera.
Sangatlah jarang untuk pihak bank membuat kesalahan besar hingga memasukkan jumlah bernilai jutaan ringgit kepada akaun bank lain.
Malah penduduk di kampung Bihar Katihar bergegas ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi menyemak baki akaun disebabkan dua pelajar ini.
Ini berikutan keinginan mereka untuk tahu sama ada kesilapan yang sama turut berlaku kepada mereka.
Menurut NDTV, murid sekolah tahun enam itu mempunyai akaun bank di Bank Uttar Bihar Gramin.
Sepatutnya mereka mendapat beberapa bantuan wang tunai menerusi skim kerajaan bagi membeli pakaian seragam sekolah dan pembayaran perbelanjaan berkaitan.
Murid tersebut bersama ibu bapa mereka menuju ke pusat internet awam di kampung tersebut bagi menyemak sama ada duit tersebut sudah diterima.
Mereka terkejut apabila mendapati sejumlah wang yang terlalu besar di dalam akaun.
Guru Charan Vishwas menjadi jutawan sekelip mata apabila mendapati sebanyak sembilan bilion rupee (RM510 juta) di dalam akaun simpanan
Sementara seorang lagi murid, Ashish menerima 62 juta rupee (RM3.5 juta) dalam akaun bank simpanan masing-masing.
Ketua kampung mengesahkan perkara itu dan pihak bank sedang menjalankan siasatan terhadap transaksi tersebut.
Ini bukanlah kes pertama yang berlaku malah ada seorang lelaki di Patna dihukum penjara kerana tidak mengembalikan yang tersalah dimasukkan ke akaun banknya.
Baca juga: Setiap kali raya jadi benda sama, lelaki terkejut tengok butik baju bersepah dek diserbu pelanggan