Siapa sangka, penemuan sebuah diari telah membongkar satu rahsia yang sangat besar hingga mampu meruntuhkan kepercayaan seorang lelaki terhadap isteri kesayangannya.
Merasa pengorbanan yang dilakukan selama ini telah menjadi sia-sia, kecurigaan sang suami itu bermula apabila anak gadisnya membuat satu pendedahan mengejutkan.
Gadis yang baru pulang daripada hospital itu memaklumkan bahawa dia bukan bapa kandungnya berikutan mereka mempunyai golongan darah yang berbeza.
Bukan sekadar tuduhan, ujian paterniti juga menunjukkan bahawa kesemua anaknya berkongsi ibu dan bapa kecuali gadis itu yang terbukti bukan datang dari benihnya.
Meskipun kecewa dan merasa dirinya dikhianati, lelaki berkenaan bagaimanapun tidak terkejut dengan kejadian yang terbongkar setelah anaknya mahu menderma darah itu.
Rupa-rupanya pada sedekad lalu, perbuatan sang ibu yang berlaku curang itu pernah terbongkar setelah lelaki itu terjumpa dan membaca diari milik isterinya iaitu Hamizan.
“Hampir pitam saya bila membeIek diari itu. Rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman sekerjanya yang berpangkat tertinggi dan rendah.
“Waktu itu walaupun saya marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat,” luahnya.
Memikirkan masa depan dan perasaan anak-anak yang masih bersekolah, dia membuat keputusan untuk tidak menghiraukan isi kandungan diari itu dan memaafkan isterinya.
Enggan berubah dan masih sering pulang lewat ke rumah, lelaki itu tidak langsung menyangka bahawa isterinya sanggup menjalinkan hubungan sehingga hamil.
Malah sebelum ini, rakan sekerja isterinya pernah menegur bahawa anak mereka berkongsi wajah yang serupa dengan seseorang yang berpangkat tinggi di syarikat itu.
Akan tetapi, sang suami memutuskan untuk menepis khabar tersebut kerana Hamizan merupakan anak orang ulama dan tidak pernah meninggalkan amalan wajib dan juga sunat.
Beberapa tahun sudah berlalu, pasangan tersebut masih tinggal sebumbung namun lelaki itu bersama anak-anaknya masih belum terbuka hati untuk memaafkan isteri dan ibu mereka.