Baju Melayu moden tunjuk ‘asam keping’, Hun Haqeem anggap rekaan baju dah hilang identiti

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin lama gaya dan rekaan baju melayu dilihat menyerupai wanita, daripada segi jenis kain dan corak.

Tambahan ada satu rekaan terbaru yang bajunya menggunakan kain jarang hingga menampakan ‘asam keping’ atau bahagian depan tubuh lelaki.

Hal ini menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengan kaum Adam termasuklah pelakon Hun Haqeem.

Baginya, rekaan baju Melayu semakin hari, semakin hilang identiti kemelayuan ditambah pula wujud pereka sebegini lapor Harian Metro.

“Tapi, bila dah tunjuk ‘asam keping’, macam dah tak beradab. Saya sangat kecewa apabila kita dapat tengok pereka, mereka baju Melayu sebegini.

“Bagi saya, ia melanggar erti kemelayuan itu. Mungkin rupa kita tak berapa Melayu sangat, tapi jiwa kita sangat-sangat Melayu. Jadi, janganlah.

“Saya kalau pakai baju Melayu tanpa songkok pun rasa tak lengkap sebab kita sebagai orang Melayu ada sopan santun, beradab, adat dan sebagainya.

“Apapun, kembali kepada asas kita. Tonjolkan nilai Melayu itu. Kenapa kita tak pakai kemas-kemas dan lengkap,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Tambah Hun, kalau bukan orang Melayu martabatkan identiti budaya sendiri, maka tak perlu berlebihan untuk memodenkan sesuatu pakaian.

“Jadi, saya akan cuba kongsi perspektif ini kepada orang lain supaya mereka dapat kongsikan kepada orang lain juga.

“Okay saja kalau nak memodenkan sesuatu, tapi kena fikirkan asasnya juga. Adakah kalau kita nak buat sesuatu itu akan mencalarkan kesopanan Melayu itu dan adakah ia akan mencalarkan nama Melayu itu.

“Benda-benda itulah yang kita kena jaga sebab siapa lagi yang akan membanggakan bangsa kita kalau bukan kita.

“Bila lagi kita nak ambil peluang untuk tunjukkan kepada orang luar sana, ini identiti kita melalui pakaian,” katanya.

Baca juga: Akui emosi nama tak disebut suami, ini respon Datin Red selepas dituduh buli Adira