“Dia hutang RM1k tak bayar, tapi aku pula yang dihina, siap dilabel terdesak lagi”

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau dah tahu diri tu berhutang, janganlah jadikan rakan seperti pengemis apabila mereka mahukan duit mereka semula.

Masa minta pinjam, bukan main lagi janji nak bayar bila tiba masanya terus senyap dan hilangkan diri.

Sekurangnya maklumkan kepada rakan mengenai ekonomi yang masih tidak membenarkan anda untuk bayar tapi kalau boleh bayarlah walaupun sedikit.

Seorang lelaki mengakui kecewa apabila dipulau rakan lain selepas meminta sahabat baiknya untuk membayar hutang.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku rasa tak perlu kot nak perkenalkan diri, cuma aku nak menulis luahan santai dari hati. 

Cerita bermula tahun lepas, aku ada seorang sahabat, ya, sahabat baik, dia tolong aku, banyak.

Dan tibalah masanya dia hubungi aku cerita yang dia tengah susah, susah dari segi kewangan dan memerlukan duit.

Jadi sebagai sahabat, aku ajukanlah pertolongan untuk pinjamkan dia. Tak banyak, macam tajuk diatas jumlahnya, RM1k. 

Tapi perjanjian dia kena selesaikan hutang tu sebelum bulan 12 sebab aku guna duit simpanan kahwin.

Biasalah adat berhutang, janji tinggal janji, sampai ke hari ini bukan setakat bayar, jumpa pun tidak.

Disebabkan aku dah selesai nikah, aku cubalah minta lagi hutang tu, tapi biasalah orang berhutang, senyap, WhatsApp aku tak tengok, call tak jawab.

Dengan hal tu, aku cuba cari dia di group, group WhatsApp sahabat, dalam tu cuma ada kami berempat. 

Aku pun WhatsApp la tulis dengan penuh berhemah, minta dia selesaikan hutang aku secara baik.

Terkejutnya, sahabat aku yang lagi berdua tu marah aku, kata aku ni buka aib si penghutang, mustahil si penghutang tak bayar, cuma kena bagi masa la, apa la..

Yang paling kelakar, dalam group tu yang lelaki kata aku ni tak masuk akal, kalau dah tak ada duit buat apa kahwin.

Yang perempuan pula boleh cakap, terdesak sangat ke aku lepas kahwin sampai nak mintak hutang RM1k tu padahal dulu sahabat aku ni banyak tolong aku.

Mereka ni siap perli aku di status dan Facebook lagi. Entah la, aku ni cuma minta duit aku, hak aku.

Baca juga: “Suami bukan main bangga bayar zakat RM2k, tapi yuran anak tertangguh, segala bil aku yang tanggung”