Sedar tak sedar kita dah memasuki 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan, buat umat Islam di seluruh dunia, ini adalah pecutan terakhir.
Lailatul qadar ada satu malam yang khusus terjadi pada bulan Ramadan. Al-Quran juga diturunkan pada malam lailatul qadar dan ia dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.
Ini antara amalan bermanfaat yang boleh diamalkan pada 10 malam terakhir seperti dikongsi portal pandai.org.
1) Solat Sunat
Solat sunat adalah solat yang bukan fardhu atau wajib. Solat sunat ni boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana saja, dan ia boleh membantu kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Terdapat pelbagai jenis solat sunat yang boleh kita tunaikan. Antara solat sunat yang sesuai untuk 10 malam terakhir adalah solat Tarawih dan Tahajjud dalam 10 hari terakhir ini.
Solat Tarawih adalah solat sunat yang dilakukan pada malam-malam bulan Ramadan. Solat ini dilakukan selepas solat Isyak dan terdiri daripada 8 rakaat.
Solat Tahajjud pula adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam sebelum waktu Subuh.
Solat sunat sangat digalakkan pada 10 hari terakhir Ramadan kerana Allah sangat mengasihi hamba-Nya yang bangun pada waktu malam untuk beribadah kepada-Nya.
2) Berzikir
Kerapkan berzikir pada 10 malam terakhir. Berzikir adalah ibadah ringkas yang dilakukan secara lisan atau dengan menyebut nama-Nya untuk lebih dekat dengan-Nya.
Ini adalah satu ibadah yang sangat disyorkan dan boleh membantu menenangkan hati serta memperbaiki keadaan diri kita. Jadi, jangan lupa untuk sering-sering berzikir ya!
Berzikir adalah salah satu ibadah yang sangat mudah dan istimewa yang umat Islam boleh amalkan walaupun berada dalam apa-apa keadaan pun.
Ada banyak pilihan zikir yang boleh kita buat, macam mengucap tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), takbir (Allahuakbar), tahlil (La ila ha illAllah), istighfar (Astaghfirullah) dan banyak lagi!
3) Bersedekah
Semua sedia maklum yang bersedekah ini adalah satu amalan yang sangat dimuliakan. Lebih-lebih lagi dalam 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini, pahala sedekah akan dilipatgandakan.
Sedekah merupakan satu bentuk ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sedekah itu dapat memadamkan api kemarahan Allah dan menghapuskan dosa-dosa seperti air memadamkan api”.
4) Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab yang paling penting dalam setiap hidup umat Islam terutama sekali di bulan Ramadan.
Selain daripada membantu kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menyempurnakan amalan kita, ia juga dapat membantu menjaga hati dan pikiran kita serta menambah pengetahuan dan pemahaman kita tentang agama Islam.
Selain itu, membaca Al-Quran di bulan Ramadan dapat membantu kita menjadi lebih baik dan memberi ketenangan dalam hidup kita.
Jadi, amalan membaca Al-Quran ini haruslah ditekankan dan dikerapkan lebih lebih lagi pada 10 malam terakhir bulan Ramadan!
5) Melakukan I’tikaf
Amalan yang terakhir yang patut kita ambil bahagian sempena 10 malam terakhir adalah melakukan i’ltikaf.
I’tikaf adalah amalan sunat yang dilakukan dengan membatasi diri di dalam masjid untuk beribadah selama beberapa hari.
Amalan ini sangat digalakkan dalam 10 hari terakhir Ramadan. Dalam masa i’tikaf, kita akan berada di dalam lingkungan yang penuh dengan ketaatan kepada Allah dan berada dekat dengan masjid.
Terdapat satu doa khas dianjurkan buat malam Lailatu Qadar ini yang boleh diamalkan sebagai satu cara kita untuk beri’tikaf:
Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”
Baca juga: Nak pahala berlipat ganda? Pastikan ikut 9 amalan dalam bulan Ramadan