Seorang peniaga bazar Ramadan meluahkan apa yang terbuku di hatinya, mendakwa cabaran berniaga pada bulan puasa tahun ini lebih ketara kerana sukar mendapatkan pulangan modal.
Azman Azali berkata, tidak semua orang yang berniaga di bazar memperoleh keuntungan mencecah ribuan mahupun ratusan ribu ringgit lebih-lebih lagi tahun ini, amat sukar untuk diluahkan.
Katanya ramai peniaga yang rugi kerana jualan tidak balik modal bahkan rakan peniaga lain ada yang ‘bercuti’ dua tiga hari kerana kerugian.
Dia juga mendedahkan, untuk memperoleh RM100 sehari juga amat sukar untuknya.
“Lagi-lagi tahun ini, cukup susah nak diluahkan. Contoh macam aku dan sebelah menyebelah aku yang niaga dekat bazar Ramadan Bandar Utama Segamat, ramai dah jiran-jiran aku yang cuti niaga 2,3 hari sebab rugi.
“Aku sendiri pun nak dapat kan RM100 sehari pun susah. Jangan kata nak dapat balik duit tapak, duit modal air setiap hari pun tak dpt balik tahu tak.
“Gaji pekerja pun tergantung lagi. Macam mana nak pusing modal kalau sehari cuma dapat bawah seratus,” luahnya di Facebook yang kemudian diulang kongsi pengguna Facebook lain.
Lebih mengecewakan kata Azman, beberapa hari lepas dia hanya mampu memperoleh RM48 sahaja
Namun dia tidak berpatah semangat dan berharap agar orang ramai tidak melihat peniaga bazar sebagai mengaut untuk besar setiap hari.
paling teruk 3 hari lepas..aku cuma dpt rm48 ringgit je..tapi aku x patah semangat..aku tetap teruskan perjuangan..jadi
“Jangan lah cakap kami ini untung besar. Suruh open table lah itu lah, ini lah. Kami cuma minta tolong sahabat semua doakan kami je.
“Semoga minggu kedua dan seterusnya ini ada manis-manis buat kami semua. Itu je kami harapkan.
“Mana yg pernah beli air aku tu, dia tahu macam mana rasanya. Jadi tolonglah sebar-sebarkan pada rakan yang lain. Doakan kami ye guys, terima kasih,” katanya lagi.