Raih hampir 2 juta tontonan, netizen kagum kegigihan pemuda jual burger ‘home-made’ sampai sahur

Oleh KIM SYAZIE

Kegigihan seorang peniaga burger tempatan yang menjual burger ‘home-made’ di sekitar kedai makan Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, mendapat perhatian pengguna media sosial.

Kegigihan lelaki yang dikenali dengan nama Aisy itu mula mendapat perhatian netizen apabila seorang pengguna TikTok, @abgmuliadi merekod dan memuat naik video mengenai peniaga itu di platform berkenaan.

Menurut beberapa perkongsian video yang dikongsi, Aisy memilih menggunakan pendekatan bergerak ke setiap kedai makan bagi mempromosikan burger air tangannya kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan ini.

“Tahniah anak muda, jam 1.30 pagi masih gigih mencari rezeki. Bukan calang-calang jual burger meja ke meja,” katanya dalam dalam satu video di muat naik.

@abgmuliadi

Saya terharu melihat @Aisy Burger Homemade sangat gembira selepas burgernya viral. Banyak kepahitan telah dilalui. Dengan doa dan bantuan kalian semoga beliau berjaya. Semoga Allah memberkati business Aisy. semoga beliau menjadi usahawan yang berjaya. Esok beliau akan bersiaran di radio lupa pulak namanya tadi 😂 #ramadhan2024 #kualalumpur #burger #bazarramadan #burgerhomemade #hidupnikeras

♬ Sad and lonely – MoppySound

Dalam video berasingan yang di-pin di bahagian teratas, video memaparkan Aisy sedang bekerja meraih 1.9 juta tontonan dengan lebih 115,000 tanda suka.

Rata-rata netizen sebak melihat Aisy yang sentiasa tersenyum dan positif dalam mencari rezeki.

Tidak kurang ada yang mahu menyokong usahanya dalam perniagaan burger tersebut.

Salah seorang pengguna TikTok, bertanya mengenai lokasi perniagaannya yang terkini kerana mahu mencuba makanan berkenaan

“Hi, boleh saya tahu di mana saya boleh beli burger-burger ini dan pukul berapa dia akan berada di lokasi berkenaan. Saya teringin mahu mencuba dan saya mengagumi kerja kerasnya,” komen Jun.

“Saya pernah beli burger dia serius sedap gila. Orang dia memang peramah sangat-sangat. Kalau turun Kuala Lumpur nanti kena repeat lain burger dia,” komen yang lain.

Apa yang pasti kesemua mereka mendoakan yang terbaik untuk Aisy,

Baca juga: “Aku tak setuju dia nak halalkan hubungan ini, tak sanggup tengok isterinya merana”