Bukan sekali dua curang tapi sudah beberapa kali kantoi namun pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz tetap dengan pendirian tidak mahu bercerai.
Seblum ini pelakon Bella Astillah nekad bercerai secara ‘fast track’ selepas Aliff ditangkap khalwat bersama pelakon wanita lain, Ruhainies.
Menurut Kosmo! Online, Aliff bagaimanapun berpendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Dalam prosiding hari ini, ketika ditanya Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat sama ada dia bersetuju atau tidak dengan penceraian itu.
Aliff kemudian dengan nada tegas menjawab tidak dan menjawab masih sayang dengan isteri.
Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan kes itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan 4 Jun ini bagi status laporan JKP.
Aliff pilih mak sendiri
Dalam prosiding hari ini Bella melantik kakak angkatnya manakala Aliff pula melantik ibunya masing-masing sebagai wakil JKP.
Semasa prosiding, peguam syarie Azmi Mohd. Rais mewakili Bella manakala Aliff diwakili peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh.
Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.
Tak mahu terburu-buru bercerai
Pada masa sama, Aliff memaklumkan tidak mahu tergesa-gesa dang terpengaruh oleh pihak lain semasa buat keputusan.
“Beberapa minggu sebelum ini, semuanya bercampur-baur untuk saya dan pihak lain yang terlibat.
“Saya akan gunakan semua ruang dan peluang untuk menyelamatkan rumah tangga serta anak-anak saya.
“Saya akui lakukan kesilapan dan Bella turut buat kesalahan tetapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan secara terburu-buru atau tanpa memikirkan pandangan lain dalam segala hal,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Baca juga: Aliff Aziz curang 11 kali termasuk adik ipar, Bella jalin hubungan dengan Muaz agar suami cemburu