Tak lama lagi bulan Ramadan bakal melabuhkan tirainya dan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Umum tahu solat hari raya Aidilfitri ada dua rakaat dan hukumnya sunat muakkad, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardhu lima waktu.
Perbezaannya adalah bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir
Takbir Hari Raya adalah disunatkan dibaca mulai selepas solat fardhu isyak malam Hari Raya sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- 30 minit selepas matahari terbit
- Tamat : Masuk waktu Zuhur
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Jemaah)
- صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ اِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini imaman / makmuman lilla’hi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat sebagai imam / makmum kerana Allah Ta’ala
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri (Sendirian)
- صَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Bahasa rumi: Usalli sunnatan li’aidil fitri rak’ataini lilla’hi ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku (sembahyang / solat) sunat Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Tatacara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Rakaat Pertama :
- Di mulakan dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allahuakbar disertakan dengan niat di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah al- Fatihah.
- Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua:
- Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
- Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
- Membaca surah al-Fatihah
- Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
- Memberi salam
Selepas selesai solat, boleh membaca doa selepas solat atau mana-mana doa. Bagi yang solat secara berjemaah, disunatkan untuk membaca khutbah raya.
Baca juga: Baru tahu ini cara guna ‘aircond’ untuk jimat elektrik, no 4 paling penting kalau tak mahu bil mahal