Siapa sahaja tidak marah jika mengetahui anak terpalit kontroversi bersama seseorang yang bergelar isteri orang walaupun umum tahu perihal rumah tangga pelakon wanita itu.
Nama pelakon Muaz Zabir tiba-tiba menyita perhatian ramai apabila tular gambar dan tangkap layar perbualan bersama Bella Astillah.
Walaupun sudah lama berlalu, kontroversi tersebut sedikit sebanyak melukakan hati ibu kepada Muaz.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Muaz dilihat membelikan televisyen sebagai tanda maaf buat ibunya.
Tambahnya dia akan tetap memohon maaf di pagi raya kerana tahu marah ibunya masih belum reda.
“Sesi permohonan maaf kepada mak tercinta. Kena sambung nanti waktu raya sebab marah dia tak habis lagi.
“Doakan saya selamat sepanjang berada di kampung nanti,” katanya menerusi sebuah hantaran video dalam Instagram.
Dalam satu hantaran lagi, Muaz memaklumkan marah si ibu sudah reda sikit di pagi raya dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Alhamdulillah berkat doa semua dan berkat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia ni, mak dah tak marah sangat tapi tu lah ada lah sikit-sikit peluru-peluru yang tertinggal tu. Apa apa pun semoga semua baik baik saja di hari yang akan datang okay.
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada semua yang pernah saya lukakan hati, terkasar bahasa dan atas semua kesilapan saya kepada semua okay.
“Terima kasih buat mereka yang mendoakan baik baik untuk saya dan keluarga. Semoga semua doa kalian berbalik kepada diri awak semua dan juga keluarga.
“Terima kasih juga kepada yang lain sentiasa memberi nasihat untuk hari yang akan datang,” tambahnya.
Baca juga: Datuk Red ‘all-out’ beraya dengan Adira di Kuching, khuatir jadi Aidifitri terakhir bersama isteri