Jangan disebabkan kata-kata orang, kita terus bersetuju untuk berkahwin tanpa betul-betul mengenali pasangan.
Soal perkahwinan ini tidak perlu terburu-buru kerana kita memilih pasangan untuk sehidup semati bukan menyesal lepas beberapa bulan berkahwin.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang berubah 360 darjah selepas berkahwin.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Saya hanya nak meluah saya baru je dua bulan kahwin. Buat sementara ni saya duduk dengan mentua dan adik ipar sekali.
Sepanjang saya kahwin dengan dia ni, saya selalu perasan kalau masa dia dengan keluarga dia layanan dia berbeza gila berbanding depan keluarga saya.
Kalau depan keluarga sendiri, dia selalu layan saya kasar, buat endah tak endah, suka cerita tentang keburukan keluarga saya.
Tapi bila dengan keluarga saya, baik sangat sampai orang kata pijak semut tak mati lah. Saya rasa sedih dan kecewa gila dengan layanan suami saya.
Lebih-lebih lagi saya duduk dengan keluarga dia dulu buat masa ni, saya rasa macam dikulikan. Saya takut nak bagi tahu mak ayah saya tapi saya rasa menyesal sangat.
Suami pun 24jam dengan telefon dengan game je. Yang paling sedih baru kahwin dua bulan pula.
Lagi-lagi masa Raya ni, saya ni pertama kali beraya dengan suami tahun ni, tapi dia biarkan saya seorang, tak kenalkan saya pada saudara mara, macam orang asing.
Tapi bila balik rumah mak ayah saya, saya sampai tak kenal suami saya. Mak saya pon asyik puji suami tapi hakikatnya saya je tahu seksanya hmm sedihnya.
Tak cerita lagi kalau dalam bilik main telefon je. Bila nak je cari, penatnya diri ni. Sudahlah saya ni jenis tak ada kawan, tapi dia buat saya macam ni.
Normal ke benda macam ni. Saya pernah ajak berbincang benda ni tapi respon dia kata memang dia macam itu, keluarga dia je tahu dia macam mana.
Saya tahu kalau cerita dekat mak mentua pun akan jadi lebih teruk. Sebab keluarga suami pun sama.
Sedihnya rasa nak bercerai je lebih baik kalau macam ni.
Baca juga: “Duit nak habis tampung belanja raya, berdosakah aku halang suami ‘tinted’ kereta?”