Ini bukanlah pertama kali pengarah Syamsul Yusof tidak pulang beraya namun itu tidak sedikit pun mengurangkan kasih sayang keluarganya.
Buat penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tidak pernah terasa hati apabila Syamsul memilih untuk tidak pulang ke rumahnya pada Raya tahun ini.
Menurut Kosmo! Online, Yusof dan isterinya Datin Patimah Ismail sudah boleh menerima realiti tersebut.
“Seperti yang anda semua tahu, Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini.
“Namun tidak mengapa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada’ dan qadar,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Kasih sayang tak berkurang
Walaupun sudah beberapa tahun Syamsul tidak pulang, Yusof yakin bahawa kasih sayang anaknya terhadap ibu bapa kekal utuh.
“Saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh.
“Biasalah budak muda merajuk tetapi kami memang tak ambil hati,” jelasnya.
Kekal hubungan baik dengan keluarga bekas menantu
Tambahnya, hubungan dengan keluarga bekas menantu, Puteri Sarah Liyana tetap baik dan dua cucunya mengeratkan lagi mereka semua.
“Sehingga ke hari ini, hubungan kami okey sahaja macam biasa dan ada masa kami akan keluar makan bersama.
“Tak ada satu jurang pun antara kami walaupun Syamsul dan Puteri Sarah sudah berpisah.
“Bagi saya, kami dah ada cucu dan itulah yang mengeratkan lagi hubungan kami,” jelasnya.
Baca juga: