“Mintok tolong sangat deh…”, sebulan berhabis RM4K beli tisu, peniaga kecewa tisu kedai dibazirkan buat lap meja

Oleh KIM SYAZIE

Seorang peniaga di Dungun, Terengganu meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pelanggan yang gemar melakukan pembaziran tisu yang disediakan pihak kedai. 

Menerusi luahan Facebook Mak Wan Mee Sup Melayu Champa Terengganu, pengendali laman itu berkata bukan sedikit belanja yang perlu dikeluarkan untuk membeli tisu setiap bulan.

Menurutnya, mereka perlu membelanjakan sekitar RM4,000 sebulan hanya untuk tisu, dan ia pula sama sekali tidak memberi pulangan modal.

“Tisu ni kalau boleh jimat la neh. Jangan lah lembang (sepah) gini. Penuh satu kedai dengan tisu. Ambil yang mana guna je.

“Tolong jangan wak (buat) lap meja, wak lap talam. Mintok tolong sangat deh.

“Bahagian beli tisu saje sebulan dekat RM4,000. Tisu ni benda hangus, dok balik modal. Bahagian tisu saje boleh wak bayor bulanan Alphard,” luahnya.

Justeru peniaga tersebut menasihatkan orang ramai untuk berjimat cermat kerana kos menyediakan tisu sebenarnya agak besar.

Peniaga itu turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan tisu bersih yang diambil pelanggan dan dibiarkan atas meja.

Begitupun selain isu tisu, warganet mengkritik keadaan meja bersepah yang ditinggalkan pelanggan.

“Maaf pengajaran bagi kita dari gambar ini. Paling tak suka tinggal meja gini. Ku tegur anak-anak kalau dia orang

Permudahkan urusan orang, insyaallah Allah permudahkan urusan kita,” komen Safura.

“Molek gok muat naik isu ni. Ada jenis nyakit brehi bazir (gemar membazir). Hodoh sungguh perangai. Takdok tisu ye bisim, ada nye wak bazir pulok. Manusia beramalan setan. Membazir dok bagus. Jangan amalkan,” kata Alang Hanafi

Baca juga: Anak baru 14 tahun, netizen terkejut ahli perniagaan bagi elaun hampir RM100k sebulan