Pengguna media sosial teruja mengetahui makanan di Perlis rupa-rupanya sangat murah dan setanding dengan kuantiti yang dihidangkan.
Tidak seperti kebanyakan harga makanan di ibu kota, seorang pengguna X mendakwa tiga pinggan nasi berlauk di Perlis cuma RM15 sahaja.
Dia juga berkongsi gambar tiga pinggan nasi di mana dua antaranya berlaukkan ayam goreng dan satu lagi ikan goreng.
Namun saiz ayam goreng yang besar dan harga yang murah membuatkan ramai tidak percaya.
Difahamkan lokasi kedai tersebut terletak di Medan Selera Sena, Kangar.
Malah, ada yang mengesahkan bahawa kedai itu memang menjual ayam yang besar pada harga RM5 sahaja.
Susulan perkongsian itu, pengguna media sosial berseloroh mengajak orang ramai berpindah ke Perlis selepas mengetahui harga makanan yang teramat murah.
“Tiga pinggan ni RM15 je woi! Ayuhlah pindah Perlis ramai ramai,” ciap individu tersebut.
“Jom, aku nak jadi orang ke-9,” seloroh pengguna X.
Mereka juga berseloroh mahu berjodoh dengan orang Utara.
Baca juga: “Kerana tidak sekufu dengan isteri, empat tahun aku tak balik beraya dengan keluarga”