Seorang wanita berasal dari Singapura menyatakan dalam satu temu ramah di London bahawa dia tidak menyukai negara tempat kelahirannya.
Lapor portal berita MSNews, wanita itu menimbulkan kontroversi di laman TikTok @Brandondior1 selepas membuat kenyataan seperti itu.
Seorang pencipta kandungan media sosial popular bertanya kepada orang ramai di London tentang soalan peribadi, selalunya berkaitan identiti mereka.
Pencipta kandungan tersebut kemudian bertanya kepada seorang wanita muda dari mana dia berasal dan dia menjawab: “Singapura”.
Soalan seterusnya adalah perkara terbaik yang dirasakan wanita berkenaan tentang negaranya.
Tanpa berfikir panjang, wanita itu berkata: “Tiada apa-apa. Saya tidak suka negara saya.”
Apabila diminta untuk bercakap kepada orang yang tidak pernah pergi ke Singapura, dia menjelaskan bahawa melawat negara itu untuk bercuti adalah baik.
“Namun, jika anda membesar (dan mahu) tinggal di sana, jangan lakukan itu,” katanya.
Baca juga: Betul ke anak hasil sumbang mahram boleh digugurkan? Ini penjelasan Dr Kamilin Jamilin