Terkejut tahu satu sesi ‘live stream’ sama macam 10 tahun gaji, guru tadika nekad berhenti kerja

Oleh KIM SYAZIE

Tak terkejut jika ramai memilih untuk tidak menyambung pelajaran lebih tinggi kerana buat video di media sosial sahaja boleh dapat lebih daripada gaji minimum.

Siapa menyangka perkongsian video caranya mengajar lagu kanak-kanak di Douyin (media sosial China) mampu mengubah nasib seorang guru tadika di China.

Bagai bulan jatuh ke riba, satu sesi ‘live streaming’ Huang berjaya menambah pendapatan sama dengan gajinya untuk 10 tahun lapor Oriental Daily.

Menurut China Times, Huang akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas video lagu kanak-kanaknya mencapai jumlah tontonan lebih daripada 100 juta.

Aksinya yang begitu bersemangat menarik hati ramai peminat dan jumlah pengikutnya kini sudah mencecah 4.3 juta.

Warganet turut menyarankannya untuk memasuki dunia penstriman secara siaran langsung, malah dia juga banyak menerima hadiah semasa sesi ‘live’.

Dalam masa satu hari, Huang mampu menjana 500,000 yuan (RM320,870.18) dan gajinya sebagai guru pula hanya 4,000 yuan (RM1926.84) sebulan.

Huang juga berjaya meraih kira-kira 2 juta yuan (RM1.28 juta) daripada tiga sesi live stream sahaja.

“Saya sangat gembira dan teruja. Saya membuat ‘live stream‘ untuk satu hari sahaja.

“Kini, jumlah pendapatan saya melebihi gaji saya selama 10 tahun, Terima kasih kalian,” katanya.

Baca juga: “Ramai takut bercerai atas alasan anak, tapi aku bersyukur mak dan ayah berpisah”