Tular kembali video dimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadikan alasan peningkatan kos bahan sebagai punca kelewatan kerja menaik taraf loji rawatan air.
Sanusi pada masa sama memaklumkan ada kenaikan antara 40 hingga 70 peratus dalam harga bahan binaan sedangkan tender diluluskan sebelum kenaikan harga.
Berikutan itu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tutun padang melawat salah satu pembinaan loji di Johor Bharu.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok Malaysia Forward, Akmal Nasrullah bertanya tentang garis masa projek.
Menurut wakil syarikat Ranhill SAJ, pembiayaan daripada pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang diterima untuk intake, loji dan pipeline adalah RM230 juta.
Tambah wakil tersebut pembiyaan diterima adalah pada tahun 2020 semasa pandemik Covid-19 melanda Malaysia.
“Tendernya 2019 tapi dianugerahkan pada 2020 jadi harga tetap yang 2019 dan loji tahun ini sudah siap,” ujar wakil tersebut.
Mendengar jawapan tersebut, Akmal Nasrullah mempersoal bagaimana ada seseorang yang mengadu tentang kenaikan harga jadi punca projek loji air tak dapat disiapkan.
“Sebab ada orang mengadu kos barang naik tapi kenapa dekat sini (Johor) boleh siap,” soal Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Ir. Zulkiflee Omar memaklumkan pekerja terpaksa bekerja siang malam untuk mencari sumber bagi menyiapkan projek tersebut.
“Kita pandemik Mac 2020 dan kita mula projek ini pada tahun Jun 2020 maknanya nak cari resources tu memang kontraktor kerja sampai malam.
“Sejujurnya kalau buat kerja boleh siap,” ujarnya.
Baca juga: Sanusi ini sembang banyak, tapi projek di Kedah banyak tak siap – Menteri Komunikasi