Kehilangan wira wirawati negara dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
Terutamanya ahli keluarga mangsa yang dengan anak yang masih bersekolah dan sedang menuntut ilmu di peringkat universiti.
Disebabkan itu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi beberapa insentif kepada anak-anak mangsa.
Memetik Sinar Harian, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu diputuskan bagi meringankan beban keluarga wira-wirawati yang terlibat.
Menurut beliau, pihaknya akan membiayai sepenuhnya yuran pengajian kepada Nurul Shahfiqah, anak sulung kepada Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah bersetuju untuk melaksanakan cadangan ini bagi memastikan anak-anak keluarga mangsa terlibat dijaga dengan baik.
“Kita tidak mahu anak-anak ini menghadapi masalah dalam pembelajaran atau melanjutkan pelajaran mereka,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Salur sumbangan RM1000 kepada 21 anak mangsa
Pada masa sama, pihaknya juga akan menyalurkan sumbangan berjumlah 1,000 kepada 21 anak mangsa yang masih bersekolah dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Tambah Zambry, pihaknya akan menyalurkan sumbangan berjumlah 1,000 kepada 21 anak mangsa yang masih bersekolah dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
“Setakat ini, data yang kita kumpulkan menunjukkan ada 21 anak mangsa dan kita akan kemas kini bilangan sebenar anak mangsa yang terlibat.
“Tabungan seperti itu akan memudahkan mereka untuk menerima bantuan lain pada masa depan.
“Saya percaya kerajaan termasuk Kementerian Pertahanan mungkin ada perancangan untuk anak mangsa, jadi dengan adanya tabung ini, ia akan memudahkan bantuan disumbangkan termasuk oleh agensi lain,” katanya.
Baca juga: Sanusi ini sembang banyak, tapi projek di Kedah banyak tak siap – Menteri Komunikasi