“Aku minta suami carikan tukang urut je lepas bersalin sebab aku tahu dia tak mampu tapi akhirnya…”

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai yang cuba merancang keluarga apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.

Zaman sekarang memerlukan kedua ibu bapa untuk bekerja agar mampu membesarkan anak-anak.

Seorang wanita, Dahlia (bukan nama sebenar) pada mulanya mahu bekerja semula selepas anak kedua namun tak menyangka Tuhan hadirkan seorang lagi anak buatnya.

Di bawah adalah luahan tersebut.

“Sekarang aku tengah nangis tak berhenti sebab aku terlalu kecewa dan berharap. Itulah orang cakap jangan bergantung harap dekat orang sangat akhirnya kita yang kecewa.

Aku tengah mengandung anak nombor tiga walaupun kami sangat-sangat merancang kali ini.

Aku makan pil dengan penuh disiplin sebab aku sangat paranoid. Aku kira hari dan buang luar. Tapi akhirnya mengandung juga.

Sejujurnya aku sangat takut bila aku dapat tahu aku mengandung. Lebih kurang empat bulan macam tu baru tergerak nak check sebab rasa badan semacam.

Habis plan aku nak cari kerja baru. Nak tolong suami stabilkan keluarga. Bila suami tahu aku mengandung dia gembira. Dia cakap ada lah tu rezeki dia.

Tak apa dia akan usaha lebih untuk make sure kali ni aku dan anak surprise ni selesa masa mengandung, bersalin dan berpantang nanti.

Aku cakap aku tak nak banyak. Aku nak tukang urut sahaja untuk berpantang sebab anak anak sebelum ni semua aku tak berurut.

Nak juga merasa kan. Suami pun setuju dan berjanji akan usaha. Apa aku mengidam dia cuba penuhi. Kadang-kadang aku tak nak susahkan suami aku diamkan saja.

Sebab benda yang aku mengidam tu luar dari kemampuan dia (contoh aku mengidam nak makan sukiya) tapi aku tahan je. Nangis sendiri lepas tu cuba move on.

Orang cakap mengada kan. Cubalah mengandung dan rasa mengidam tu macam mana. Tapi demi tak nak susahkan suami aku cuba lupakan saja.

Barang baby aku banyak kutip free sample pampers, orang bagi baju preloved dan baju anak-anak sebelum ni yang masih elok aku recycle.

Suami aku hanya keluarkan modal untuk benda kecil-kecil saja. Dalam kepala aku hanya fikir aku tak nak susahkan suami sebab tukang urut bukan murah.

Tiba masa untuk aku bersalin. Aku bersalin di hospital kerajaan saja sebab lagi sekali tak nak susah kan suami. Aku bersalin normal dan anak semua ok. Alhamdulillah amat mudah.

Selesai semua urusan kami balik ke kampung untuk berpantang. Aku sampai rumah dan rehat untuk beberapa hari. Masih menunggu mana tukang urut yang suami cari tu.

Seminggu lepas sampai kampung baru aku buka mulut dan tanya. Bila tukang urut nak sampai? Suami aku cakap “saya minta maaf saya tak mampu nak cari tukang urut”

Bayangkan betapa kecewanya aku. Aku tahan depan suami. Aku masuk bilik air dan menangis semahu mahunya.

Masih lagi fikir tak nak susahkan hati dia. Jangan menangis depan dia.

Tapi aku sangat kecewa sebab aku dah usaha untuk kurangkan beli barang anak. Dia ada lebih kurang empat ke lima bulan untuk ketepikan duit untuk tukang urut.

Tapi itulah, bila dah balik berpantang seminggu lebih di rumah baru tahu yang dia tak cari pun.

Maaf aku tak boleh nak tahan sebab aku terlalu kecewa. Mungkin benda ini kecil di mata orang lain. Tapi aku dah usaha berkorban tapi suami macam tu je dia buat aku.

Baca juga: “Aku tak selesa tinggal rumah mentua tapi suami tak faham, aku sampai ‘anxiety’ terkurung dalam bilik”