Wanita yang mengaku kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine berterusan membuat pendedahan berani mati mengenai perancangan aktor kelahiran Singapura itu dengan pelakon kontroversi, Nur Ruhainies.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Sarah berkongsi untaian tangkap layar perbualan WhatsApp antara Ruhainies dengan Aliff yang kelihatan seperti berkomplot dan memasang strategi untuk menjatuhkan Bella.
Satu demi satu perbualan antara kedua selebriti itu didedahkan sehingga menjadi perbincangan banyak pihak.
Antara yang didedahkan Sarah adalah respons Ruhainies apabila Aliff enggan melepaskan Bella pada sesi mahkamah tempoh hari.
โSayang Bella pula,โ ajuk Ruhainies.
Aliff dalam tangkap layar perbualan terbabit membalas: โSaya tak cakap pun. Mereka (wartawan) yang cakap. Awak (Ruhainies) kena tengok video.
โJangan tengok wartawan bodoh semua ini. Awak tahu bagaimana mereka spin (putar belit).โ
Dalam pada itu, menurut perbualan terbabit, Aliff kini sedang โmati kutuโ untuk membayar ansuran bulanan kereta yang diberikan Bella sewaktu hubungan mereka masih dalam keadaan baik.
โSekarang ini, nak bayar kereta pun tak tahu macam mana. Saya betul-betul dalam keadaan yang rapuh sekarang,โ tulis Aliff, dalam satu balasan mesej kepada nama tertera NRF dipercayai merujuk Ruhainies.
Bukan itu sahaja, Aliff juga rupa-rupanya tiada lesen kereta sepanjang bergerak sebagai anak seni di negara ini.
Terdahulu, Bella membuat pendedahan kepada media bahawa dia pernah menghadiahi Aliff sebuah kereta ketika diwawancara pihak media.
Sementera itu, banyak pendedahan lain dibongkar Sarah termasuk dakwaan mengatakan Caprice adalah โorang tengahโ yang cuba mempertahankan Aliff menerusi konten-konten dalam media sosial.
โSekarang (Caprice) nak serang saya pula.
โAnda (Caprice) patut mula bercakap untuk diri anda sebelum sibuk tentang hal orang lain,โ coret Sarah sambil mendedahkan rakaman audio dirinya berdepan kontrontasi Caprice berhubung kemelut Aliff, Bella dan Ruhainies.
Baca juga: โBeria aku ke pasar beli barang, sekali mak masak โpesananโ kakak yang kaya rayaโ