Pastinya pengalaman pertama sebagai seorang bapa tidak boleh dilupakan malah kadang kala menjadi bahan ketawa.
Apatah lagi dalam keadaan masih berdebar, memegang dan melihat bayi yang baru sahaja dilahirkan, pastinya si ayah akan menjadi gugup.
Tular video dimuat naik pengguna TikTok, @derry.yd menunjukkan seorang lelaki sedang memegang bayinya.
Dia kemudian melaungkan takbir raya di telinga bayi itu sebelum ditegur oleh seorang wanita bahawa yang dilaungkan itu bukanlah azan.
“Itu takbir raya, bang,” kata wanita tersebut.
Lelaki itu segera menghentikan bacaannya dan memandang ke arah perakam, seolah-olah malu dengan perbuatannya.
Namun ini bukanlah video baru dan hanya dimuat naik semula pengguna TikTok mengenai kejadian lucu itu.
Rata-rata netizen terhibur dan tertawa melihat reaksi lelaki tersebut yang terkejut selepas ditegur.
“Sepatutnya kena azan tapi ditakbirnya budak itu, jangan buat perangai kelakar macam ini.
“Terus hilang penat sakit selepas melahirkan anak kalau dengan takbir raya.
“Sama macam saya ni bang, dulu gugup sangat sampai etrsalah iqamatkan anak lelaki padahal kena azan,” antara komen pengguna TikTok.
Hingga kini video tersebut mempunyai jumlah tontonan sebanyak 6.9 juta dengan 78.4 ribu tanda suka.
Baca juga: Bukan setakat tak ada lesen, Aliff Aziz juga tak tahu macam mana nak bayar duit kereta