Memang benar tanggungjawab menjaga ibu bapa itu jatuh lebih kepada anak lelaki namun janganlah sampai menidakkan kemahuan isteri.
Tapi sebagai isteri seharusnya lebih memahami keadaan suami dan cuba bertolak ansur dalam menguruskan kewangan keluarga.
Buat lelaki ini, dia merasakan isterinya tidak memahami akan tanggungjawab dirinya yang perlu menyara ibu bapa serta adik-beradiknya.
Di bawah adalah luahan lelaki tersebut.
Aku nak bini aku baca yang aku post ni sebab aku tahu dia selalu baca kisah-kisah rumah tangga ni, isteri aku tu bagi aku adalah seorang yang celaka.
Dia nak aku bagi duit belanja, kereta, rumah sewa, duit anak-anak. Aku ini masih ada ibu bapa lagi nak sara.
Bapa aku kahwin ramai jadi siapa nak jaga mak aku pula nanti. Mak aku sendiri kata isteri aku ni asyik susahkan aku.
Buat pengetahuan semua, isteri aku ni ada perniagaan tersendiri tapi semua benda minta aku, bukan nak hulur ringankan beban.
Nak minta tolong aku bagi anak makan pun berkira, selalu minta aku bayar balik semua duit yang dia keluarkan untuk keluarga.
Dia tak faham aku ada komitmen besar nak jaga keluarga kau, adik-beradik aku lagi, jadi aku buat keputusan untuk tak bagi dia duit.
Aku tak nak isteri aku besar kepala, nanti dia ada duit dia boleh tinggal aku. Aku memang tak akan ceraikan dia sebab aku tahu banyak lelaki nak dekat dia.
Isteri aku ni cantik, pandai pula cari duit cuma satu kekurangan, dia bagi aku adalah isteri derhaka.
Dia tak pernah ikut apa yang aku suruh, kerja melawan sahaja, biadap dan kurang ajar. Mak bapa aku tu syurga aku sebab mereka yang lahir dan besarkan aku.
Aku tak akan pernah lebih isteri selagi dia tak minta maaf dekat aku. Aku memang tak akan maafkan dia dan biar sahaja dia digantung tak bertali baru puas hati aku.
Baca juga: Haneesya Hanee ada kereta sendiri, nafi tuduhan naik kenderaan awam dengan Aliff Aziz