“Aku dah terlanjur dengan dia macam suami isteri tapi family dia tak terima sebab aku kerja bawa treler”

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ada banyak keluarga wanita yang mahukan calon menantu dengan gaji tetap atau bekerjaya dan bukan sekadar kerja biasa.

Kebanyakan adalah disebabkan mereka mahukan anak perempuan itu ada kehidupan yang stabil dan tak hidup susah bersama pasangan.

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila ditolak keluarga kekasih hanya kerana dia bekerja sebagai pemandu lori.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku lelaki, nama aku M. Aku dah berkahwin dan dapat anak sorang. Sebelum aku berkahwin, aku bercinta dengan Nur A.

Sepanjang percintaan aku dah banyak kali terlanjur dengan A. Aku memang nak kahwin dengan A. Umur aku dengan A jarak tujuh tahun, muda A daripada aku.

Kami sama-sama berjanji nak kahwin, tapi atas desakan keluarga si A, dia sudah berpindah dan aku terputus hubungan dengan Si A.

Puas aku cari Facebook, nombor telefon dia. Kawan-kawan dia semua tak tahu tentang dia.

Hampir lima tahun aku tak jumpa dia maka aku pun berkahwin atas pilihan keluarga. Jujur cakap malam aku menikah selepas aku menikah dengan isteri aku, aku menangis rindu ingatkan si A.

Hati aku betul-betul nak dengan Si A. Aku lawan perasaan aku untuk lupakan A tapi tak boleh.

Ya, masa depan dia, maruah dia semua dalam poket aku. Aku dah terlanjur dengan dia macam suami isteri tapi family si A tak terima aku sebab aku bekerja sebagai pemandu treler.

Mungkin darjat berbeza. Aku pernah plan untuk kahwin lari asalkan si A isteri aku.

Terjumpa balik

Sampai satu hari takdir menentukan aku kena hantar kontena di kilang terletak Utara tanah air.

Sampai di kilang tersebut aku menunggu kerani untuk sign Surat DO (delivery order). bila aku terpandang. aku sedar si A yang nak sign.

Dari situ aku terus ajak dia keluar makan. Rupanya dia masih belum kahwin sebab dia tak percaya lelaki sejak daripada aku putus dengan dia.

Dia tak sanggup nak nikah dengan mana-mana lelaki selain aku. Sejak dari tu aku mula berhubung semula dengan A melalui telefon Saja.

Aku nak nikah dengan dia dan nak madukan dengan isteri aku. Aku yakin isteri aku pasti tk terima.

Jadi perlu ke aku jujur dengan isteri aku tentang kisah aku dengan dia supaya isteri aku boleh menerima dia.

Isteri aku pun tak kurang tak lebih cukup sempurna. Untuk bab poligami. InshaAllah, Allah saja yang mengetahui kemampuan aku.

Baca juga: “Menyesal tak ikut cakap mak, betullah wanita kena cari suami yang betul sayangkan kita”