Biasalah cinta pertama ini memang sukar dilupakan walaupun sudah bertahun terpisah, seklai melekat di hati memang sukar dibuang.
Begitulah juga buat warga emas di China ini memilih mengahwini cinta pertama yang dikenali semasa belajar di universiti.
Menurut South China Morning Post, seorang datuk berusia 86 tahun nekad berkahwin selepas terpisah selama beberapa dekad dengan kekasih hatinya.
Zhou Guilin dari bandar Yiyang dalam wilayah Hunan berkahwin dengan Yang Xiugui, 81, pada 14 April lalu.
Bercinta masa belajar universiti
Pasangan tersebut sebelum ini menjalin hubungan cinta ketika belajar di Universiti Peking, namun berpisah selepas menamatkan pengajian.
Selepas berpisah, kedua-dua mereka berkahwin dengan pasangan masing-masing dan membina keluarga sendiri.
Apabila pasangan mereka meninggal dunia, Guilin dan Xiugui bertemu kembali dan mula menjalin hubungan mesra sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Tular video perkahwinan mereka di media sosial, majlis yang diraikan secara sederhana itu hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Tular klip video yang dikongsi di media sosial tentang majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Antara yang menarik perhatian adalah paparan beberapa puisi menyentuh hati di antara kedua mereka.
“Selama 60 tahun, bagaikan burung layang-layang yang terpisah, tiada buku brocade (buku teks pelajar kolej) yang mampu menceritakan betapa mendalamnya kerinduan ini.
“Kini kami menulis cinta pertama kami semula,” bait puisi yang dikongsi.
Baca juga: The Weeknd sumbang RM9.5 juta buat keluarga di Gaza, dana dijangka mampu sediakan 18 juta buku roti