Sekarang ini tular satu minyak wangi dikenali sebagai pheromone, ia mempunyai bau yang sangat kuat hingga mampu menarik perhatian ramai.
Kebanyakan wanita di luar negara menggunakan minyak wangi ini untuk memikat hati kekasih dek kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu lelaki.
Satu penyelidikan mendapati bahawa minyak wangi tersebut boleh membantu memupuk perasaan keintiman dan hubungan dengan pasangan.
Muncul satu iklan menjual minyak wangi tersebut walaupun mengklasifikasi ia hanya untuk digunakan buat suami tapi cara promosi mendapat kritikan.
Iklan dibuat adalah di dalam sebuah pusat membeli belah, model digunakan pula bertudung yang seharusnya tahu hukum mengenakan minyak wangi hingga menarik perkatian ajnabi.
Seorang pengguna media sosial, Nurul Syuhada mengkritik iklan tersebut yang dilihat sengaja mengundang kecaman.
“Saya memohon hentikan iklan sebegini. Tidak takutkah kalian dengan ancaman baginda Nabi?
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya (HR Nasa’i).
“Ya Allah peliharalah maruah kami wanita muslimah ya Allah daripada perkara keji dan mungkar. Ittaqullah! Moga Allah reda,” ujar hantaran akaun X, MalaysiaMostViral.
Rata-rata pengguna X, turut mengecam tindakan penjual minyak wangi tersebut kerana menggunakan model bertudung untuk melariskan jualan.
“Pakai statement guna minyak wangi utk pikat suami tapi iklan guna dekat lelaki ajnabi, tempat awam pula tu. Sangat memalukan.
Iklan macam ni bawa padah dekat perempuan sahaja. Tak baik manipulasi lelaki dengan guna minyak macam ni walaupun hanya untuk ‘content’,” komen pengguna X.
Pakai perfume untuk diri sendiri dan keselesaan orang lain yang mgkin duduk dekat dengan kita. Bukan untuk menarik,” tambah pengguna lain.