Menjadi ibu atau bapa tunggal bukanlah perkara senang apatah lagi perlu membesarkan anak seorang diri.
Namun itu bukan penghalang buat usahawan Datu Seri Vida yang sering menggalakkan anak-anaknya untuk menceburi bidang keusahawanan.
Tidak hanya itu dia juga sering memberi kata-kata semangat dan sentiasa berkata baik buat dua anaknya.
Terbaru, usahawan muda yang menjual ‘salmon skin salted egg’, Cik B kini mampu memiliki kereta idaman menggunakan duit sendiri.
Bersempena bulan kelahirannya, Cik B memilih sebuah kereta mewah jenama G Wagon Brabus G63 sebagai hadiah hari jadi ke-19.
Dalam hantaran di Instagram, Cik B turut berterima kasih kepada ibunya DSV selepas berjaya memiliki kereta hasil titik peluhnya selama ini.
“Alhamdulillah, terima kasih mama, Semua ini tak akan mampu terjadi tanpa kehadiran mama.
“Syukur dikurniakan ibu yang hebat, kaya, bijak, pandai, comel dan canti,” ujarnya di kapsyen Instagram.
Silang kaki sebelum masuk
Apa yang menarik perhatian ramai adalah Cik B dilihat menyilang kaki sebelum memasuki kereta yang baru dibelinya.
Seorang pengguna TikTok tampil perjelas sebab mengapa Cik B tidak masuk seperti kebiasaan.
“Sebab dia mulakan dengan sunnah kanan dahulu. Sebenarnya ramai saha masuk kereta guna kaki kanan cuma tak dirakam,” jelas seorang pengguna.
Rata-rata netizen memuji DSV yang sering menyebut anaknya hebat dalam setiap hantaran seolah-olah ia satu doa hingga dua anaknya berjaya.
“Mama dia selalu cakap anak-anak mama hebat memang jadi hebat dua anaknya. Untung dapat ibu yang selalu mendoakan.
“Sejuk perut DSV mengandungkan CikB dulu. Saya sampai sekarang masih tak mampu bahagiakan ibu bapa.
“Suka sangat cara Datuk Seri Vida cakap dengan anak dia, lembut dan sentiasa mendoakan, boleh praktik dekat anak sendiri,” antara komen pengguna TikTok.
Baca juga: Faisal Halim kini dalam keadaan stabil, Safiq Rahim pula jadi mangsa insiden jenayah terbaharu